balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
RANTAU PANJANG - Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengesahkan seorang warga emas di Kampung Depan Kem Pusu 40 Batu Karang, tidak layak untuk mendapatkan Mykad.
Menerusi kenyataan Pejabat Perhubungan Awam JPN, hasil siasatan mendapati, permohonan mendapatkan Mykad tidak diluluskan berdasarkan status kewarganegaraannya.
Warga emas itu, Makalthom Umat, 75, merupakan penduduk Thailand yang berkahwin dengan seorang penduduk tempatan di sini.
Selepas berkahwin, Makalthom tinggal di Kelantan tanpa dokumen pengenalan diri yang sah, sebaliknya memasuki negara ini menggunakan pasport.
Sinar Harian 29 Julai lalu melaporkan kebimbangan warga emas itu berhubung urusan pengebumiannya sekiranya dia meninggal dunia.
Masalah dikatakan akan timbul sekiranya dia meninggal dunia di negeri ini, namun tidak mempunyai taraf kerakyatan sah.
Menurut Makalthom, masalah itu pastinya menyukarkan suaminya, Rashid Seman, 68, yang buta sejak sembilan tahun lalu.
Dia mendakwa pernah dijanjikan untuk memiliki Mykad selepas didatangi seorang pegawai kerajaan, lebih kurang 30 tahun lalu.
Bagaimanapun, sehingga ke hari ini, dia masih belum mendapat sebarang khabar mengenai permohonannya untuk mendapatkan Mykad.
Katanya, sekiranya diberi peluang, dia berharap JPN dapat meluluskan permohonannya itu, sekurang-kurangnya bagi mendapatkan kad pengenalan Pemastautin Tetap (MyPR).
sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/kelantan/tak-layak-dapat-mykad-1.416677