BTC USD 23,099.6 Gold USD 1,927.96
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tak layak ajar agama

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,652
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,896
Points
591
PUTRAJAYA: Penceramah muda yang juga bekas penyanyi rock, Akhil Hayy tidak layak berceramah dan mentarbiah orang lain berdasarkan latar belakang agama yang cetek selain hanya mengharapkan populariti sebagai artis semata-mata.

Bukan itu saja, penceramah yang pernah menjadi pengacara sebuah rancangan ilmiah di televisyen itu juga tidak pernah diberikan sebarang kelulusan berceramah dan pernah ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Kenyataan itu dikeluarkan Pengarah Jais, Datuk Mohamed Khusrin Munawi yang mengakui berdasarkan maklumat, bekas penyanyi kumpulan rock terbabit tidak mempunyai latar belakang agama bagi melayakkannya memberikan ceramah agama.

Tanpa berselindung, beliau berkata, penceramah muda terbabit juga pernah ditahan kerana tidak memiliki kebenaran bagi menyampaikan ceramah tetapi tidak didakwa dan dibebaskan.

“Apa yang kami ketahui, dia (Akhil) pandai bercakap seperti penceramah lain tetapi tidak memiliki latar belakang agama yang sepatutnya dimiliki seorang penceramah agama.

“Bagaimanapun, kami tidak menafikan pengaruh artis membolehkan orang ramai tertarik dan gemar hadir bagi mendengar ceramahnya yang sebelum ini tidak ketinggalan melampiaskan kata-kata sindiran terhadap orang lain,” katanya, semalam.

Malah, katanya, selepas ditahan Jais kerana berceramah tanpa kebenaran, Jais tidak pernah menerima sebarang permohonan daripada penyanyi rock terbabit.

Menurutnya, sepanjang pengetahuan, Akhil tidak memilik latar belakang agama walaupun pernah memberikan ceramah agama selepas meninggalkan dunia artis.

“Apa yang kami bimbang, penceramah yang tidak memiliki pengetahuan agama sepatutnya tetapi berlagak bijak berceramah yang boleh menjurus kepada mengelirukan masyarakat yang menjadi pendengar.

“Kami tidak mahu penceramah yang hanya pandai cakap tetapi tidak ada pengetahuan agama dan apa yang paling membimbangkan mereka menggunakan logik akal dalam ceramah mereka,” katanya.

Tanpa berselindung, Mohamed Khusrin, berkata Selangor bukan tempat bagi penceramah terbabit, lebih-lebih lagi selepas masalah rumah tangga dengan bekas isterinya menjadi isu sebelum ini.

Menurutnya, kelemahan menangani isu peribadi itu juga boleh dilihat sebagai kelemahan yang tidak sepatutnya ada bagi seorang yang mahu bergelar penceramah yang sepatutnya menjaga tata susila mereka yang memiliki ilmu agama yang syumul.

“Bagi saya, kita sudah mengetahui latar belakang agama Akhil dan sudah pasti kita tidak akan membenarkan penceramah muda (Akhil) ini mengadakan ceramah di negeri ini.

“Bukan itu saja, Akhil juga tidak pernah memohon sebarang kebenaran untuk berceramah bagi membolehkan siasatan lebih terperinci terhadap pengetahuan dan ilmu agama yang dimiliki,” katanya.

Mengulas lanjut isu itu, Mohamed Khusrin berkata, tidak ada guna memberikan kebenaran kepada penceramah termasuk Akhil yang hanya pandai bercakap jika ia lebih kepada untuk mengaibkan orang lain.

Menurutnya, seorang penceramah perlu mempunyai sifat terpuji dan tidak mengaibkan orang lain dalam ceramah dan bagi Akhil yang perlu juga melihat peranannya yang menyindir masyarakat artis yang pernah disertai satu ketika dulu.

“Alasan itu (tidak mengaibkan orang lain) adalah antara peraturan yang perlu dipatuhi jika ingin memperoleh kebenaran berceramah di negeri ini.

“Kami tidak mahu sebahagian besar daripada ceramah yang diberikan lebih kepada mengutuk dan mengaibkan orang lain sehingga mengabaikan ilmu yang sepatutnya diperoleh mereka yang menjadi pendengar,” katanya.

Tanpa menidakkan hak untuk Akhil dan penceramah lain berceramah, Mohamed Khusrin, berkata setiap penceramah perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan termasuk memiliki bukti kemampuan dan kemahiran ilmu agama yang dimiliki.

Menurutnya, Jais akan memastikan ada bukti seperti sijil atau kelulusan dalam bidang agama dimiliki mereka yang berhasrat berceramah di negeri itu bagi mengelak timbul masalah yang tidak dijangkakan termasuk membawa unsur yang bertentangan amalan umat Islam di negara ini.

“Kami juga mempunyai cara tersendiri bagi mengenal pasti sama ada seseorang pemohon itu memiliki ilmu agama yang sepatutnya bagi melayakkan mereka menyampaikan ceramah agama.

“Begitu juga pendekatan tertentu dilakukan bagi mengesan sama ada mereka (pemohon) menjadi pengamal sesuatu pegangan yang tidak dibenarkan di negara ini,” katanya.

Menurutnya, saringan teliti itu bagi memastikan tidak ada penceramah ‘mata duitan’ yang mahu menjadikan kawasan di negeri itu sebagai ‘lubuk’ bagi mengaut keuntungan mudah mereka.
 
Sponsored Post

LoneRanger

Active Member
Messages
2,028
Joined
Jan 30, 2009
Messages
2,028
Reaction score
13
Points
25
PUTRAJAYA: Penceramah muda yang juga bekas penyanyi rock, Akhil Hayy tidak layak berceramah dan mentarbiah orang lain berdasarkan latar belakang agama yang cetek selain hanya mengharapkan populariti sebagai artis semata-mata.


Mengulas lanjut isu itu, Mohamed Khusrin berkata, tidak ada guna memberikan kebenaran kepada penceramah termasuk Akhil yang hanya pandai bercakap jika ia lebih kepada untuk mengaibkan orang lain.


Ini selalu ustaz artis ni buat...
 

mint

Super Active Member
Messages
5,432
Joined
Apr 27, 2009
Messages
5,432
Reaction score
16
Points
65
ini baru betull...tp, x boleh ckp byk2,nanti ada yg lain kata Akhil ni baik, dan dia berceramah kepada kumpulan sasaran dia iaitu artis..:">:">

ini la dunia kita,walaupun org tu takde kelayakan, tp bila artis buat sume betul..:)

tp org mcm TGNA atau Dr.Asri yg ada kelayakan pun org tak nak dengar cakap dia..:D:D
 

mustopa_a

Legendary Member
gem
Messages
12,098
Joined
Apr 9, 2008
Messages
12,098
Reaction score
73
Points
120
Selama hampir empat tahun aktif menyanyi, akhirnya pada 1993 tanpa sebarang masalah kumpulan D'Riyadh mula berpecah. Pelbagai masalah yang timbul pada ketika itu, ada yang jatuh sakit, ada yang buat kerja sendiri dan pelbagai masalah lain. Akhirnya Ustaz Akhil berhajat untuk membuat album solo. Oleh kerana terlalu banyak halangan yang diterima maka Ustaz Akhil mula berhijrah semula ke kampung. Semasa dikampung Ustaz Akhil mula mendekati masjid semula. Dari segi hakikatnya keluarga Ustaz Akhil sememangnya dalam golongan orang-orang yang beragama, arwah datuk ustaz ini adalah seorang tuan guru dan arwah ayah ustaz pula seorang mutawif haji (membawa jamaah haji).

Pada tahun 1995 bapa Ustaz Akhil membawa beliau menunaikan haji di Mekah. Sebelum ke Mekah Ustaz Akhil belajar agama di Pasentrian, Indonesia. Selepas itu beliau mula berdakwah, menyampai kuliah, mengajar al-Quran Iqra dan sebagainya di Pusat Pembangunan Keluarga di Ipoh.

Dah pergi Mekah..

----------------
rujuk http://ms.wikipedia.org/wiki/Akhil_Hayy_Rawa
 
Sponsored Post

Top
Log in Register