BTC USD 62,775.4 Gold USD 4,336.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tak kekok jadi tok mudim

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg

Yahya (kiri) mengkhatankan seorang kanak-kanak dengan dibantu Wan Ismail.
< 1 / 1 >
TUMPAT - Melakar sejarah tersendiri apabila Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Wakaf Bharu 1 menjadi tok mudim mengkhatankan kanak-kanak di rukun tetangganya.

Yahya Mamat selaku pengerusi KRT di sini, tidak kekok mengkhatankan kanak-kanak kerana dia berpengalaman selama 20 tahun dalam bidang itu.

Yahya berkata, selepas bersara sebagai pembantu perubatan tiga tahun lalu, dia menglibatkan diri dalam KRT tersebut.

Menurutnya, pengalaman yang ada padanya dimanfaatkan untuk berbakti kepada Rukun Tetangga Wakaf Bharu 1.

“Ilmu dan kepakaran yang ada pada saya ini saya manfaatkan pada rukun tetangga ini bagi meringankan bebanan ibu bapa untuk khatankan anak masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis khatan anjuran KRT Wakaf Bharu 1 di Dewan Kada di Kampung Mulong, di sini.

Pada majlis itu, seramai 20 kanak-kanak dikhatankan Yahya dan dibantu seorang pesara pembantu perubatan, Wan Ismail Wan Daud.

Yahya juga memiliki sijil khas berkhatan daripada Kementerian Kesihatan dan pernah ke Kemboja untuk program khatan anak yatim di negara itu pada 2001 semasa dia memegang jawatan Timbalan Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia.
 
uikk camno aku bleh tak kenal pengerusi KRT kampung aku nih wakakaka...
x bermasyarakat betul aku nih...
yg baju petak dok cekak pinggang tuh aku kenal laaa
 
uikk camno aku bleh tak kenal pengerusi KRT kampung aku nih wakakaka...
x bermasyarakat betul aku nih...
yg baju petak dok cekak pinggang tuh aku kenal laaa

huhu.. acaner lak tu.. pasni leh la tegur2 sebab dah kenal :D
 
kebanyakkan berkhatan ni mmg medical assistant aka assistant medical officer yg buat.
 
Back
Top
Log in Register