BTC USD 63,592.8 Gold USD 4,467.91
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tak ada ong

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
BUTTERWORTH: Taktik satu sindiket yang menjadikan lokasi bersebelahan kandang **** di Kampung Sungai Puyu, dekat sini, bagi menyembunyikan kegiatan perjudian mereka gagal apabila diserbu polis dalam satu operasi jam 5.30 petang, kelmarin.

Dia antara 21 lelaki berusia 27 hingga 62 tahun yang ditahan dalam operasi membabitkan sepasukan anggota Bahagian Kongsi Gelap, Judi, Maksiat, Jabatan Siasatan Jenayah Polis Pulau Pinang dan Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara.


Timbalan Ketua Siasatan Jenayah (JSJ) Pulau Pinang, Asisten Komisioner Nasir Salleh, berkata ketika serbuan, kira-kira 40 orang berada di lokasi berkenaan dengan 19 sempat melarikan diri.


“Ketika serbuan, mereka leka bermain judi jenis dadu. Kami merampas cip berwarna hijau serta merah yang digunakan dalam permainan judi, alat pengira dan peralatan lain.


“Pemeriksaan menemuihampir RM22,000 tunai di poket individu yang ditahan dan dianggarkan nilai pertaruhan boleh mencecah RM100,000 sehari, bagaimanapun kami masih menyiasat perkara ini,” katanya selepas operasi itu di sini, kelmarin.

Nasir berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam berhubung kegiatan sindiket berkenaan dan melakukan intipan selama dua minggu sebelum menyerbunya, kelmarin.


“Dipercayai pusat judi itu beroperasi sebulan dan menjalankan operasi 24 jam. Mereka sengaja beroperasi di kawasan perumahan perkampungan, paya dan bersebelahan kandang khinzir bagi menyembunyikan kegiatan perjudian mereka daripada diketahui pihak berkuasa,” katanya.
 
ado gak yg sempat lari tuh....cisss
 
Back
Top
Log in Register