kalau
CG Top Poster Club

- Messages
- 48,563
Paid Membership
- Joined
- Mar 4, 2008
- Messages
- 48,563
- Reaction score
- 127
- Points
- 123
Oleh Edwin Raoh
Ketua Menteri itu menyerahkan kepada ahli-ahli PBB untuk menentukan kedudukannya sebagai presiden parti itu
BETONG: Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud menyerahkan kepada ahli-ahli Parti Pesaka Bumi-putera Bersatu (PBB) untuk menentukan kedudukannya sebagai presiden parti tulang belakang kerajaan ne-geri itu.“Saya juga pernah hendak menarik diri (sebagai presiden PBB) namun mereka (barisan pemimpin PBB) mahu saya terus kekal… maka saya terus kekallah (sebagai pre-siden),” katanya selepas me-nyatakan akan pentingnya perubahan dalam parti meng-ikut arus pembangunan ne-geri pada masa sekarang.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Cawangan-cawangan PBB di Dewan Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan di di sini, semalam.
Dalam majlis yang masa Taib turut diberi penghormatan merasmikan mesyuarat perwakilan yang melibatkan 11 cawangan PBB, antaranya PBB Lingga, Beting Maro, Bukit Begunan, Simanggang, Engkilili, Batang Ai, Saribas, Layar, Bukit Saban, Kalaka dan Krian.
Timbalan Presiden PBB Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang dalam ucapan aluannya telah mengumumkan bahawa PBB secara sebulat suara mahu Taib terus kekal sebagai presiden.
PBB mempunyai 71 cawa-ngan di seluruh Sarawak setakat ini.
Beliau ketika berucap dalam majlis berkenaan telah mengemukakan usul bahawa Taib harus kekal tanpa bertanding untuk jawatan presiden parti itu dalam mesyuarat agung PBB pada masa akan datang.
“Kami (PBB) juga mengusulkan bahawa beliau (Pehin Sri) kekal sebagai Ketua Menteri Sarawak dan menyo-kong penuh Dasar Politik Pembangunan yang telah diperkenalkan oleh beliau selama ini,” katanya.
Jabu turut menyatakan usul menyokong penuh pelaksanaan projek Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) di wilayah tengah Sarawak bagi memastikan kesinambungan pembangunan di negeri ini.
“Untuk memastikan Sara-wak terus membangun, kami PBB, mahu Pehin Sri Taib terus kekal sebagai presiden dan seterusnya meneraju ne-geri ini sebagai Ketua Men-teri,” katanya.
Hadir sama Timbalan Presiden Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg, Naib Presiden Kanan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Datuk Douglas Ugah Embas, Setiausaha Agong Dr Stephen Rundi, para ahli Majlis Tertinggi PBB, ketua cawangan, para menteri dan menteri muda serta wakil rakyat di sini.
http://www.theborneopost.com/?p=59325