BTC USD 83,048.3 Gold USD 4,194.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tafsir Surah Al-Masad

king_diamond

Legendary Member
gem
Messages
10,160
Paid Membership
Joined
Sep 3, 2008
Messages
10,160
Reaction score
360
Points
131
TAFSIR SURAT AL-MASAD (Balasan Setimpal Bagi Abu Lahab Dan Isterinya)
​



Sebab Turunnya

Tercantum di dalam shahih al-Bukhari, bahawa pada suatu hari Rasulullah SAW keluar rumah dan naik ke Shafa, yaitu bukit yang sekarang sebahagiannya masuk di dalam masjidil Haram. Di sana, beliau meyeru kaumnya Quraisy, dan mereka pun berkumpul mendatangi beliau sampai-sampai orang yangtidak dapat hadir kerana suatu hal, mengirim utusan untuk mengetahui ada berita apa. Beliau lalu berkata, “Bagaimana pendapat kalian kalau aku beritahukan bahawa musuh akan datang kepada kalian pada pagi hari atau petang hari, apakah kalian percaya kepadaku.?” Mereka menjawab, “Ya, kami tidak pernah mengetahui kamu berbohong.” Pada saat itulah Rasulullah berkata, “Sesungguhnya aku adalah pemberi peringatan bagi kalian sebelum menghadapi adzab yang keras.” Lalu Abu Lahab menjawab, “Celakalah kamu! Untuk inikah kamu kumpulkan kami.?” Maka Allah SWT menurunkan surat ini,

تَبَّتْ يَدَا أَبِي لَهَبٍ وَّتَبَّ (1) مَا أَغْنَى عَنْهُ مَالُهُ وَمَا كَسَبَ (2) سَيَصْلَى نَارًا ذَاتَ لَهَبٍ (3) وَامْرَأَتُهُ حَمَّالَةَ اْلحَطَبِ (4) فِي جِيْدِهَا حَبْلٌ مِنْ مَسَدٍ (5​


Ringkasan Tafsir

1. Abu Lahab adalah bapa saudara nabi Muhammad SAW. Dia sangat memusuhi dan menyakiti nabi. Jadi, dia tidak mempunyai moral dan tidak pula punya jiwa melindungi terhadap kerabatnya, maka Allah SWT mencelanya dengan celaan yang keras ini, yang merupakan kehinaan baginya sampai hari kiamat. Allah SWT berfirman, ‘Binasalah kedua tangan Abu Lahab dan celakalah dia, dia tidak akan beruntung.’

2. Kemudian Allah SWT memberitahukan bahawa harta dan anaknya tidak akan dapat menolak seksa Allah ketika seksa itu datang kepadanya.

3. Dan dia akan masuk ke dalam neraka yang bergejolak, yang akan membakar dan mengepungnya dari semua arah.

4. Dia dan isterinya yang juga sangat memusuhi Rasulullah SAW dan saling tolong menolong dalam berbuat dosa dan penindasan. Perempuan itu memasang kayu berduri di jalan yang dilalui Rasulullah SAW, dan berusaha sekuat tenaga untuk memusuhi beliau. Dengan begitu, bererti dia mengumpulkan kayu bakar.

5. Dan Allah SWT telah menyiapkan baginya di lehernya tali dari sabut yang keras dan kasar di neraka jahannam. Tali itu bagaikan kalung yang digantungkan di lehernya sebagai balasan atas apa yang dia lakukan terhadap Rasulullah SAW di dunia.

(SUMBER: at-Tafsir al-Yasir: Suuratu al-Faatihah Wa Juz ‘Amma, karya Yusuf bin Muhammad al-Owaid, hal.131-132)
alsofwah.or.id/index.p...&id=81

p.s ~ jika ada kesilapan dan kecelaan, sesungguhnya ia datang dari saya, hanya Allah jua yang maha Sempurna, harap rakan2 betulkan, wallahu'alam.....
 
Last edited:
dari segi konteks bahasa arab, perkataan "Tabbat" yang disebut oleh Allah itu merupakan satu perkataan cercaan yang sangat keras maksudnya. ini menunjukkan bahawa Allah betul-betul marah terhadap Abu Lahab.

oleh itu, Abu Lahab dicerca kerana mendustakan Rasulullah. jadi, sesiapa yang mendustakan Rasul juga akan dicerca dengan cercaan Allah...
 
Ilmu Sakti : Amalan Surah Al-Masad

Amalkan Surah Al-Masad untuk Melindungi diri daripada orang yang Dengki. Segala perbuatan jahat dan perancangan jahatnya tidak akan menjadi. Sangat sesuai diamalkan oleh orang-orang yang selalu berurusan dengan orang lain sama ada belajar, bekerja atau berniaga.


Cara-cara untuk mengamalkannya (sila ambil perhatian yang ni penting kalau nakkan kebaikan seperti di atas):

1. Membacanya selepas solat
2. Membacanya pada waktu santai dan ada kelapangan.
4. Membacanya dengan bersungguh-sungguh tidak kira melalui hati atau bersuara.
3. Untuk mendapat manfaat maksima dari amalan ini, sekurang-kurangnya dibaca 40 kali pada waktu siang, dan baca 40 kali pada waktu malam. maknanya baca 80 kali sehari. tapi kalau mampu baca lebih banyak, lebih bagus.
4. Tidak boleh membuat maksiat. Jika tidak, amalan akan menjadi sia-sia.

____________________
 
Back
Top
Log in Register