tafsir mimpi

CG Sponsors




shahrul_hla

Active Member
Joined
Jun 17, 2008
Messages
2,221
Reaction score
1
Points
25
salam cgrian,
aku ada mimpi sesuatu semalam yg btoi2 buat aku xsenang duduk ari nie...mimpi ngeri la juga...mimpi dia mcm nie..

semalam aku mimpi....kat belakang umah aku dikampung dah jadi sarang ternakan ular...ada mcm2 jenis ular, besar n kecik...ada ular sawa, ular tedung, ular kapak, n mcm2 lagi...so aku tgk banyak sgt ular kat belakang umah aku tue...tiba2 keluar sekor ular sawa bapak punya besar...lebih kurang besar batang pokok kelapa...panjang lebih kurang 50 meter...aku ngan berani belasah ular tue kat kepala ngan batang besi sampai mati...bila ular sawa tue mati...kuar plak ular tedung yg saiz dia kecik sikit dari ular sawa td...aku pun ngan braninya belasah plak ular tedung td...sampi mati...lepas aku belasah ular2 td sampai mati aku jadi takut...aku pun terjaga dari tdo...

utk pengetahuan semua, umah aku kat kampung tue dah jadi umah tinggal...xde sape2 duduk lagi dah lebih setahun...umah pusaka arwah ayah n mak aku...mimpi semalam buat aku xsenang duduk ari nie...mcm ada yg xkena...

so harap bantuan dari para cgrian yg pandai tafsir mimpi utk beri bantuan...jgn biarkan diri aku diselubungi misteri.......


:)cgrock:)cgrock:)cgrock:)cgrock
 
Sponsored Post

izjat

Active+ Member
Joined
Dec 29, 2009
Messages
4,354
Reaction score
12
Points
25
wah.... geli la ular...huhuhu
 

wiraZ

Fun Poster
Joined
Jul 5, 2006
Messages
299
Reaction score
10
Points
15
kalau mimpi ular ni berkaitan jin atau memberi petanda yg x elok (dengki manusia)...cube refer kt yg arif mcm ustaz ke.
 

Jijan

Active+ Member
Joined
Dec 22, 2005
Messages
2,885
Reaction score
1
Points
30
pada aku mimpi hanya mainan tidor.. cuma nak bagi pendapat kalau rumah pusaka tu tak da sapa duduk tak berapa elok la biar rumah tu kosong.. nanti benda² lain lak yg akan masuk dan menumpang umah tu, satu hal lak nak halau nanti... baik kalau umah tu di sewakan saja...
 

shahrul_hla

Active Member
Joined
Jun 17, 2008
Messages
2,221
Reaction score
1
Points
25
dah cuba sewakan...tp belum ada org nak lagi....
petanda xbaik...nie yg aku risau nie....adoyaiiiiiiiii.......
 

fazarudin

Legendary Member
Joined
Jan 2, 2006
Messages
10,985
Reaction score
258
Points
136
Kalau iku buku tafsir mimpi..

1) Jika bermimpi kena patuk ular : ada kena mengena dgn jodoh

2) Jika bermimpi dikelilingi oleh ular : kemungkinan ada musuh atau bakal dikhianati,

3) Jika bermimpi berjaya menewaskan ular tersebut anda akan beroleh kemenangan..
 

SkyZer

Freshie
Joined
Dec 14, 2009
Messages
32
Reaction score
0
Points
6
mungkin ade petunjuk.
cuba banyak2 ibadat, doa, zikir.
moga2 hati menjadi suci dan mudah mendapat petunjuk...
 

tebbaloi

Legendary Member
Joined
Mar 4, 2009
Messages
13,457
Reaction score
444
Points
131
ni aku amik dari forum sebelah.. link dia kat sini k

http://www.shukur.org/v4/component/option,com_smf/Itemid,105/topic,17703.0/

Imam Ibnu Sirin, dalam bukunya Tafsir Mimpi Menurut Islam, berkata:
Tidak semua mimpi dapat ditafsirkan makna yang terkandung didalamnya. Ada kalanya mimpi bagaikan angin lalu namun ada yang benar-benar menjadi kenyataan. Mimpi insan yang bertakwa merupakan perkhabaran yang akan berlaku, kerana Rasulullah tidak bermimpi melainkan mimpi baginda menjadi kenyataan. Sedangkan mimpi insan yang tidak beriman merupakan berita yang disebarkan oleh syaitan.

Dalam suatu riwayat dikisahkan, seorang wanita bertanya, "Wahai Rasulullah, sesungguhnya saya bermimpi melihat sebahagian tubuh baginda berada di rumahku." Baginda menjawab, "Sesungguhnya Fatimah akan melahirkan seorang anak lelaki, kemudian engkau yang akan menyusukannya." Tidak lama kemudian Fatimah melahirkan Hussein dan disusukan oleh wanita tersebut.

Sesungguhnya mimpi itu dapat ditafsirkan, namun tidak semua orang mampu mentafsirkan kebenarannya. Semoga buku ini dapat membantu dalam menjawab makna mimpi anda, insya Allah.

Tambahan pula, mimpi diakui adanya dalam syariat Islam. Sedangkan ilmu untuk mentakwilkan, mentakbirkan atau mentafsirkannya diiktiraf oleh ramai ulama. Ramai ulama yang ingin mendalami masalah takwil atau tafsir mimpi tetapi tidak ramai yang mengetahuinya kerana susahnya.

Al-Imam Ibnu Syahin, dalam mukadimah kitabnya Al-Isyarat Fi Ilmi al-'Ibarat, berkata:
"Islam mencerca ilmu tenung kerana hanya Allah-lah yang mengetahui masalah ilmu ghaib. Saya menghindari ilmu-ilmu seperti itu dan tidak meminatinya, dan saya ingin membuat buku yang dapat mendedahkan perkara-perkara ghaib yang sememangnya diakui oleh syarak, iaitu ilmu takwil dan ta'bir mimpi."

Menurut ahli-ahli ta'bir, mimpi ada tiga macam:


Peristiwa yang menggembirakan yang benar yang terjadi setelah bermimpi, dan ini tidak memerlukan penafsiran.

Mimpi yang batil atau permainan syaitan, iaitu mimpi yang tidak dapat diperincikan oleh orang yang bermimpi. Ertinya orang yang bermimpi itu tidak sanggup mengingat tertib atau jalan cerita mimpi itu. Mimpi seperti ini dianggap batil dan tidak mempunyai sebarang makna atau takwil.

Keinginan nafsu. Seperti kita ketahui nafsu ada tiga, iaitu nafsu mutmainnah, nafsu lawwamah dan nafsu ammarah. Mimpi seperti ini terjadi kerana pengaruh fikiran seseorang. Sesuatu yang dia lakukan atau dia khayalkan siang hari atau menjelang tidurnya selalu menjelma ketika tidurnya.


Ain1,

Kalau mimpi dibelit atau dipatuk ular tu maksudnya ada orang yang sudah jatuh hati dan berkenan dan akan masuk meminang anda.

menurut Islam kalau mimpi Mendengar Bunyi Kulit Ular: bermakna menjauhkan diri dari musuh yang menyembunyikan permusuhan dan berusaha untuk mengalahkannya.

Jika bermimpi dibelit dan dipatuk ular alamatnya, kalau anda lelaki, anda akan beristeri dan jika anda perempuan, anda akan lekas bersuami.

Mimpi Ular
Jika anda seorang jejaka atau seorang gadis bermimpi melihat atau digigit ular, bermakna akan segera mendapat pasangan atau jodoh. Dan bila anda telah bernikah bermimpi demikian, bermakna akan memperoleh kemakmuran hidup.

Mimpi melihat ular kecil dengan tiba-tiba berubah menjadi naga, bermakna akan ada orang besar yang menolong anda.
Melihat ular berwarna-warni, bersirat kebahagiaan segera terbayang pada anda.
Mimpi melihat ular yang banyak sekali, bermakna akan panjang umur.
Mimpi dikelilingi banyak ular, bermakna firasat akan banyak orang yang memusuhi anda.


pastu kalau mimpi terbang maksudnya kejayaan, pencapaian dan prestasi, Menggambarkan harapan, hasrat dan cita-cita anda.

Mimpi Terbang
Jika anda bermimpi terbang dengan pesawat terbang, tandanya akan datang panggilan undangan istimewa kerana anda mempunyai kelebihan yang sangat berharga.
Jika mimpi melihat perahu terbang bermakna akan berhasil dalam usaha.

Kalau diri anda sendiri yang terbang, ertinya anda akan mendapat suatu pengalaman/ilmu yang sangat bermanfaat bagi anda yang dapat membantu hidup atau kareer anda.
 

safa69

Active+ Member
Joined
Jan 6, 2008
Messages
2,700
Reaction score
196
Points
33
statement aku tak berkaitan dengan mimpi ko...kalau ko jumpa geng black dan ular, ko katok mati dulu geng black sebelum ular..autaa kuat..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register