BTC USD 22,759.8 Gold USD 1,923.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tabur wang depan bank

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,652
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,896
Points
591
KUALA LUMPUR: Selepas menyepi hampir enam tahun, Geng Colombia yang pernah menggemparkan negara dengan kejadian rompakan RM1 juta di KLCC menggunakan taktik menabur wang kertas ke lantai muncul kembali apabila cuba mengulangi jenayah sama membabitkan pelanggan bank.

Taktik rompakan yang popular diamalkan di beberapa negara Amerika Latin itu cuba dipraktikkan di negara ini berikutan ia dianggap paling mudah memesongkan perhatian kebanyakan mangsa yang mudah teruja melihat wang berteraburan di lantai.

Kebiasaannya, suspek sengaja menaburkan wang di hadapan bank selepas mengenal pasti mangsa membuat pengeluaran wang dalam jumlah banyak.

Dalam kejadian jam 11.45 pagi kelmarin, seorang pekerja syarikat swasta berusia 22 tahun hampir menjadi mangsa taktik licik penjenayah Amerika Latin berkenaan selepas mengeluarkan duit syarikat RM5,000.

Sumber polis berkata, mangsa masuk ke bank di Jalan TSHL, di sini, untuk membuat pengeluaran wang sebelum berjalan keluar dari pintu bank kira-kira 15 minit kemudian.

Menurutnya, mangsa berjalan menuju ke arah kenderaan bagaimanapun, terkejut melihat wang tunai RM1 bertaburan di atas jalan.

“Mangsa tunduk untuk mengutip kepingan not RM1 berkenaan yang disangka milik seseorang yang tercicir di kawasan berkenaan.

“Ketika leka mengutip wang itu, dua lelaki tidak dikenali menghampiri mangsa dari belakang sebelum menarik beg dan melarikan diri,” katanya.

Menurutnya, mangsa yang tergamam menjerit sebelum mengejar kedua-dua suspek yang melarikan diri dalam keadaan berpecah bagi mengelak diberkas.

“Kejadian itu disedari orang ramai yang turut sama membantu mengejar penjenayah Amerika Latin berkenaan. Usaha terbabit berhasil apabila suspek ditahan selepas dikejar sejauh 500 meter.

“Akibat geram dengan perbuatan itu, ada antara orang ramai memukul mangsa sebelum menghubungi polis. Mangsa bernasib baik kerana beg miliknya mengandungi duit syarikat berjaya diperoleh,” katanya.

Menurutnya, suspek dibawa ke balai polis disahkan lelaki warga Colombia berusia 45 tahun. Suspek didapati memasuki negara ini secara sah.

Susulan kejadian itu, suspek reman mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan.

Dalam kejadian pada April 2004, tiga pengawal keselamatan dirompak beg berisi RM1 juta di KLCC akibat terpedaya helah sekumpulan lelaki dipercayai dari Amerika Latin yang menabur beberapa mata wang dolar Amerika Syarikat (AS) dan Malaysia.

Kejadian berlaku pada jam 10.30 pagi ketika pengawal keselamatan ditugaskan mengambil wang di sebuah bank cawangan KLCC untuk dibawa ke ibu pejabatnya di Jalan Tun Razak.

Difahamkan, seorang daripada pengawal beg berisi wang, manakala dua rakan lain dengan seorang daripada mereka bersenjata ditugaskan mengiringinya.

Ketika menghampiri tangga bergerak di koridor yang menyambungkan ke ruang letak kereta, pengawal terbabit berasa pelik apabila melihat beberapa keping dolar AS bertaburan di lantai.

Katanya, lebih memeranjatkan apabila melihat beberapa mata wang Malaysia di atas lantai. Panik kerana menyangka wang itu tercicir daripada beg yang mereka bawa, pengawal berkenaan mengutipnya.

Bagaimanapun mereka tidak sedar diperhatikan beberapa lelaki Amerika Latin yang kemudiannya melarikan beg diletakkan atas lantai sebelum menghilangkan diri.

Kejadian dengan modus operandi sama turut berlaku pada Oktober 2007, apabila sekumpulan penjenayah warga asing turut menaburkan wang sebelum melarikan wang tunai RM300,000 daripada pengawal keselamatan di sebuah bank di Bukit Bintang.

Suspek dalam kes rompakan itu sengaja menjatuhkan beberapa helai wang kertas berhampiran pengawal.
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Top
Log in Register