BTC USD 60,991.9 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tabung derma palsu semakin berleluasa

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
SHAH ALAM - Bahagian Pengurusan Penguatkuasaan, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dari tahun 2014 sehingga Jun 2015 merekodkan seramai 72 individu telah disiasat di bawah Seksyen 106 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 kerana memungut derma tanpa kebenaran bertulis dari Majlis Agama Islam Selangor (Mais).

Pengerusi Mais, Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa berkata, dalam operasi yang dijalankan pada 8 Julai sehingga 15 Ogos lalu, sebanyak RM35,246.21 telah dirampas daripada 137 individu dan kumpulan.

Menurutnya, selain daripada aktiviti pungutan derma oleh individu, operasi yang dijalankan juga meliputi 550 premis termasuk masjid, surau, stesen minyak, hentian rehat dan premis perniagaan yang telah digunakan untuk meletakkan tabung-tabung berkenaan.

"Daripada operasi tersebut, Bahagian Penguatkuasaan Jais mendapati bahawa sebahagian besar pungutan derma tidak menepati kehendak Seksyen 106 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003,.

"Antaranya menyalahgunakan wang kutipan derma bagi tujuan membiayai kos operasi ajaran atau fahaman yang difahamkan menyeleweng/sesat, memalsukan surat kebenaran pungutan derma daripada Mais dan membuat pungutan di kawasan yang tidak dibenarkan atau di tempat awam.

"Selain itu adalah meneruskan aktiviti kutipan derma walaupun selepas tamat tempoh kebenaran dan mempergunakan kanak-kanak sekolah, orang kurang upaya atau anak yatim bagi meraih simpati orang awam ," katanya.

Mohamad Adzib berkata, sehubungan dengan itu, Mais dan Jais menggesa umat Islam supaya lebih berhati-hati ketika menginfakkan harta mereka.

Kata beliau, walaupun perbuatan ini mulia di sisi agama namun terdapat unsur-unsur pembohongan dan penipuan yang boleh mencemarkan agama Islam serta memberikan persepsi bahawa institusi zakat tidak memainkan peranan dalam membantu golongan tersebut.

"Bagi mengekang gejala ini, Mais telah mewujudkan garis panduan pungutan derma yang memberi kebenaran kepada mana-mana pihak untuk membuat pungutan derma dalam tempoh yang dibenarkan, dan menetapkan supaya laporan pungutan dibuat kepada pihak Mais bagi memudahkan pemantauan terhadap aktiviti tersebut.

"Oleh itu, umat Islam disarankan untuk menyumbang hanya kepada individu atau kumpulan yang mendapat kebenaran memungut derma dan sumbangan daripada Mais.

"Sumbangan kepada individu atau kumpulan yang tidak mendapat kebenaran akan menggalakkan perkembangan gejala tidak sihat serta mencemarkan imej Islam,"katanya.

Sementara itu, Mais menyeru orang ramai melaporkan kepada pihaknya sekiranya mengesyaki terdapat individu atau kumpulan yang membuat pungutan khairat atau derma tanpa surat kebenaran Mais yang masih sah tempoh lakunya di mana-mana tempat awam di dalam Negeri Selangor dengan membuat aduan terus ke Hotline Bahagian Pengurusan, Jas di talian 1800-88-2424 atau menghantar sistem pesanan ringkas di talian 019-35706761, 019-3570862 untuk tindakan siasatan di bawah Seksyen 106 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 kerana memungut wang atau sumbangan tanpa kebenaran bertulis dari Mais.

Mana-mana orang yang membuat atau mengambil bahagian dalam apa-apa pungutan wang tanpa kebenaran bertulis daripada Mais adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Pihak Mais turut menyeru mana-mana individu atau kumpulan yang berhasrat untuk memungut wang atau sumbangan lain bagi tujuan khairat diminta mengemukakan permohonan ke Bahagian Harta Baitulmal Mais atau berhubung terus ke talian 03-5514 3773 untuk keterangan lanju


sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/tabung-derma-palsu-semakin-berleluasa-1.454698
 
dah banyak sangat kes2 mintak derma ni,sampai merimaskan orang
 
jika semua jabatan agama selaraskan kutipan derma melalui masjid
hanya kebenaran dari pejabat agama sahaja yang dipungut melalui masjid
atau tempat2 yg difikirkan sesuai
seterusnya haramkan derma jalanan
mungkin derma palsu ni boleh dikurangkan
 
dekat bangi tengok dah jadi syurga pendatang minta derma...
 
nasib baik najib tak minta derma.
sebab dia terima derma saja :))
 
pinda akta letak hukuman berat kepada perancang utama sindiket
 
Yang hati sakit, tabung tak palsu pon bila sampai atas kaki songlap pon boleh dipalsukan....Faham2 aje lah.
 
Yang hati sakit, tabung tak palsu pon bila sampai atas kaki songlap pon boleh dipalsukan....Faham2 aje lah.

haha...
nak bg kat budak2 takut sindiket.
bg kat org tua kna songlap pulak:eek:
 
sampai org nk derma pn boleh jadi was2,,
semua orang nk ikut mcm najib nk mintak derma
 
Back
Top
Log in Register