nyonyot
Fun Poster
- Messages
- 658
- Joined
- Nov 17, 2011
- Messages
- 658
- Reaction score
- 0
- Points
- 10
mari kita kongsikan bersama... 'Pada ketika itu, cuaca agak gelap kerana telah masuk ke fasa last light, kerana baru tiba di situ jadi masih sukar untuk mengenali suasana kawasan pertempuran. Sebagai langkah awal, tindakan keselamatan perimeter perlu didahulukan, jadi ada sebuah bukit kecil di hadapan. Seorang anggota yang membawa senjata bantuan dikerahkan untuk menjalankan tugas beliau, arahan diberikan secara terus tetapi beliau seperti berada keadaan serba salah dan tidak berganjak dari kedudukan. Ini mungkin suasana baru bagi beliau dan masih baru mengalami tekanan mental yang agak mencabar untuknya dan tiba-tiba............................. dalam suasana yang gelap itu seorang lelaki bertubuh besar telah datang dari belakang anggota tersebut dan mengusap rambut kedua-dua anggota tersebut lantas memeluknya sebagai seorang ayah kepada anaknya sambil berkata..... 'insyaallah, yakinlah, kita akan selamat, percaya pada tuhan. Jangan bimbang.. pergilah, saya ada disini dan saya akan tentukan kamu selamat'...... Ya Allah, masing-masing terkejut, kerana lelaki tersebut adalah PANGLIMA ANGKATAN TENTERA JEN TAN SRI DATO SRI ZULKIFELI BIN MOHD ZIN ! ...siapa sangka, dalam ketegasan dalam memimpin, beliau rupanya sangat prihatin dalam menjaga moral dan kebajikan anak buahnya... beliau sanggup mengenepikan keselesaan beliau malah keselamatannya. Beliau sanggup berada di depan perbatasan bersama-sama anggotanya. sejurus mendengar kata-kata keramat tersebut, perasaan takut terus hilang, semangat berjuang membuak-buak.. anggota tersebut bergegas mengambil kedudukan. Sesuatu yang sangat mengharukan dan CLKK akan berdiri bulu roma dan bergenang air mata bila setiap kali berceritakan perkara ini. (sepertimana yg diceritakan oleh 3RRD)
