balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
Basir (kiri) bertanya khabar Mohd Syafi k ketika mengunjungi kediaman keluarga berkenaan
< 1 / 1 >
SETIU – “Hati mana tidak sayu apabila lihat suami dikasihi terlantar sakit, namun saya perlu kuatkan diri demi suami dan juga anak-anak.”
Demikian kata AzeliyanaAli, 34, yang terpaksa menerima hakikat suaminya, Mohd Syafik Izham Mohd Dahan, 36, hanya mampu terbaring sejak lebih setahun lalu setelah motosikal ditungganginya terbabas hingga mengakibatkan dia mengalami masalah saraf.
“Sekarang saya bukan sahaja terpaksa jaga suami yang sedang sakit, tetapi juga uruskan anak-anak berusia antara 3 hingga 6 tahun. Tapi, saya reda dengan apa yang berlaku dan sentiasa berdoa agar terus diberikan kekuatan untuk menjaga suami dan juga anak-anak,” katanya.
Azeliyana berkata demikian ketika menerima kunjungan Pegawai Pembangunan Parlimen Kuala Nerus, Datuk Basir Ismail dan JKKK Taman Perumahan Alor
Jambu di kediamannya, di sini.
Bagaimanapun, kata Azeliyana, dia berterima kasih kepada semua pihak yang sudi membantu bagi meringankan beban mereka sekeluarga, termasuk bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Menurut Pengerusi JKKK Taman Perumahan Alor Jambu, Zulkifli Ibrahim pula, kesusahan pasangan itu sentiasa mendapat perhatian JKKK kawasan berkenaan.
“Alhamdulillah, melalui kunjungan ke rumah Azeliyana dan Mohd Syafik, Datuk Basir bersetuju meluluskan peruntukan untuk membaik pulih rumah pasangan ini.
“Bantuan ini diharap dapat meringankan beban dipikul Azeliyana, malah kita juga akan pastikan mereka dapat bantuan sewajarnya,” katanya.
Sementara itu, sebanyak empat keluarga terdiri daripada warga emas, pesakit kronik dan sebagainya terlibat dalam program dijalankan bersama pejabat Pegawai Pembangunan Parlimen Kuala Nerus serta JKKK taman berkenaan.