BTC USD 62,128.6 Gold USD 4,466.23
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Syiling emas RM32.1 juta dilelong

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
xpix_gal0.pagespeed.ic.7JJ2rMNRFx.webp


Syiling emas abad ke-19 yang diambil gambarnya pada 26 Februari lalu. - Foto AF
San Francisco: Hampir separuh daripada AS$10 juta (RM32.1 juta) wang syiling emas abad ke-19 yang ditemui oleh pasangan California sudah dijual, kata penganjur, dengan jualan di Amazon.com melepasi AS$1 juta (RM3.21 juta) dalam satu jam pertama.

Kira-kira 1,400 syiling mula dijual pada Selasa oleh firma kaji syiling yang berpangkalan di San Francisco, Kagin's Inc.


Ia boleh diperoleh di Amazon.com dan Kagins.com, manakala 60 lagi dipamerkan di kilang membuat syiling di San Francisco.

Harta tertanam terbesar

Pasangan California menemui syiling emas itu di belakang rumah mereka dan pakar menyifatkan ia adalah harta jumpa tertanam terbesar di Amerika Utara.

Pasangan yang dirahsiakan itu, menemui syiling berkenaan ketika berjalan bersama anjing peliharaan di kawasan hartanah mereka di gunung Sierra Nevada, lokasi pencari harta karun dan pelombong berkumpul untuk mencari emas ekoran lonjakan penemuan emas pada 1849.

“Ia adalah penemuan harta karun paling penting di Amerika Utara,” kata David McCarthy, pakar syiling dengan Kagin Inc.
Lelongan membabitkan 1,427 syiling dimulakan dengan syiling AS$20 yang dipercayai bernilai AS$1 juta (RM3.21 juta). Ia diadakan di tapak lombong lokasi emas dilombong untuk membuat syiling di San Francisco. Kini ia digunakan sebagai ruang sewa untuk parti dan acara. - REUTERS
 
Back
Top
Log in Register