BTC USD 62,626.1 Gold USD 4,442.69
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Syiling emas era Perang Salib ditemui

Luqmanul Hakim

CG Top Poster Club
gem
Messages
23,318
Joined
Mar 17, 2010
Messages
23,318
Reaction score
4,848
Points
196
Syiling emas era Perang Salib ditemui


pix_middle

SYILING emas yang ditemui dalam tempayan pecah.

pix_topright

TINGGALAN kubu Perang Salib di Taman
Negara Apollonia, Israel.


TEL AVIV: Satu tempayan syiling emas daripada era Perang Salib yang bernilai hingga AS$500,000 (RM1.58 juta) ditemui tertanam dekat sebuah kubu purba tentera Rom di Israel.

Syiling emas itu ditanam tentera Kristian atas arahan kumpulan panji-panji satria ketika tentera Kristian berdepan serangan berterusan daripada angkatan tentera Islam yang besar.


Kumpulan panji-panji satria itu ditewaskan pada April 1265.

Syiling emas itu yang mempunyai nilai tinggi walaupun pada tahun 1265 dan disangka ditanam - sebenarnya disembunyikan dalam sebuah tempayan pecah bagi mengelakkan ia ditemui.


Kubu berkenaan juga dimusnahkan pada April 1265 oleh tentera Mamluk yang menewaskan tentera Salib dan harta itu hanya terselamat berikutan buah fikiran seorang daripada tentera Kristian.


“Ia ada dalam tempayan kecil yang sebahagiannya pecah,” kata Oren Tal daripada Universiti Tel Aviv kepada Fox News.

“Muslihatnya adalah untuk menanam sesuatu yang pecah dalam tanah dan menimbusnya bagi menyembunyikan syiling emas di dalamnya. “Sekiranya, seseorang menemui tempayan itu, dia tidak akan menggalinya dan tidak akan melihat isi di dalamnya serta menemui syiling emas itu. Apabila kita mula mengalihnya, syiling emas itu akan keluar,” katanya.


Kubu tentera Rom di Taman Negara Apollonia itu telah membongkar sebahagian besar harta karun arkeologi, tetapi saintis yang membuat penggalian lapisan tanah pada kurun ke-13 itu, terkejut dengan penemuan satu tempayan syiling emas. Tempayan tanah liat itu mengandungi lebih 100 keping syiling emas dari zaman tentera Salib menakluk kubu berkenaan yang pada asalnya dibina oleh tentera Rom.

Syiling emas yang ditemui dalam kubu itu merujuk kembali pada zaman empayar Fatimiyah di Afrika Utara dan berusia 200 hingga 300 tahun lebih awal berbanding kubu yang musnah itu. Syiling emas itu dikeluarkan di Tripoli dan Iskandariah dan sangat berharga.


“Syiling era Fatimiyah sangat sukar dikaji.


“Hurufnya kadangkala amat sukar untuk ditafsir,” kata Tal.


Syiling itu boleh dijual hingga AS$5,000 (RM15,887) sekeping, menurut akhbar Israel, Haaretz. - DM





sumber : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/SyilingemaseraPerangSalibditemui/Article/index_html
 
Perhh, barang rare ni. Untung la sape dapat
 
Kalau la Malaysia ada mcmnie... Huhhh..

kalau kat malaysia kau jamgam mimpi,habis rumah kau kena bongkar dengan SB,dan pihak berkuasa kerajaan.Itu harta kerajaan mengikut akta harta Malaysia.
Boleh rujuk kat laman webnya.:((
 
epic tu...aku dapat jumpe pedang cam sallehuddin pon ckup ar :)paid
 
kalau kat malaysia kau jamgam mimpi,habis rumah kau kena bongkar dengan SB,dan pihak berkuasa kerajaan.Itu harta kerajaan mengikut akta harta Malaysia.
Boleh rujuk kat laman webnya.:((

Ohhh yekerr,
Berapa banyak da kerajaan nak harta.. :D
 
kalau kat malaysia kau jamgam mimpi,habis rumah kau kena bongkar dengan SB,dan pihak berkuasa kerajaan.Itu harta kerajaan mengikut akta harta Malaysia.
Boleh rujuk kat laman webnya.:((

kalau jumpa, declare separuh/suku je dari sepatutnya haha..selebihnya kita ambil diam2..baru kerajaan tak kacau..ni taktik biasa utk treasure hunter..macam diorg jumpa dulu kat selat melaka..tapi aku tak ingat dah berapa nilai..
 
Back
Top
Log in Register