BTC USD 63,489.3 Gold USD 4,475.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Syiling 50 sen dalam perut anak

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
IPOH: Sepasang suami isteri pucat lesi apabila anak kecil mereka yang berusia enam tahun menelan sekeping syiling 50 sen.

Lebih membimbangkan apabila syiling itu didapati masih tersangkut di usus perutnya sejak lapan hari lalu walaupun pelbagai cara dilakukan untuk mengeluarkannya.


Ibu mangsa yang juga produser rangkaian televisyen Al-Hijrah, Harlida Abu Bakar, 37, berkata, anaknya Ilhan Hadiff Isnawan, 6, menelan syiling itu ketika dalam perjalanan pulang ke rumah dari tadika pada 19 Januari lalu.

Menurutnya, suaminya, Isnawan Lamidi, 37, yang memandu kereta terkejut apabila anaknya tiba-tiba memberitahu menelan syiling yang ditemui di dalam kereta.


“Panik dengan apa yang berlaku, suami berusaha mengeluarkan syiling itu dengan menjolok tekak Ilhan.


“Malangnya, syiling itu melepasi tekaknya sebelum jatuh ke perut. Kami bimbang syiling itu boleh menyebabkan keracunan atau saluran usus tersumbat,” katanya.


Menurutnya, dia dan suami kemudian segera membawa anak mereka ke sebuah hospital swasta di sini untuk menjalani ujian X-Ray sebelum mendapati syiling itu masih melekat di perutnya.


“Doktor kemudian memberikan ubat bagi membolehkan anak saya membuang air besar bersama syiling itu, namun ia masih terperangkap di dalam perutnya.

“Doktor memberitahu syiling itu perlu dikeluarkan dari tubuh anak saya berikutan bimbang ia boleh menyebabkan keracunan atau berak berdarah,” katanya.


Dia berkata, anaknya bagaimanapun tidak membuang air besar selama empat hari, menyebabkan mereka bimbang walaupun mendapati kesihatannya tidak terjejas.


“Doktor menasihati kami supaya segera membawanya mendapatkan rawatan jika Ilhan mengadu sakit perut atau tanda-tanda lain yang membimbangkan,” katanya.


Harlida berkata, dia bagaimanapun yakin syiling itu dapat dikeluarkan dari perut anaknya tidak lama lagi berdasarkan kenyataan doktor pakar ditemui kelmarin.



sumber: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Syiling50sendalamperutanak/Article/artikelMA
 
ni antara bende yg takut jadi kat anak2 aku, suka beno dorang kulum bende dlm mulut ... ~X(
 
anak aku umur 5 tahun pulak terminum minyak urut satu botol kecil tahun lepas. 3 hari berak minyak. Alhamdulillah semuanya selamat.

Semoga budak ni selamat jugak.
 
dulu kecik2 ad gak aku tertelan 2,3 bijik pitih 2Osen..
 
dulu kecik2 ad gak aku tertelan 2,3 bijik pitih 2Osen..

hehe.. aku pun penah tertelan 20 seng..

tapi masa masuk u dulu xray dah tak nampak dah.

dah selamat jalan romeo la tu.. haha..
 
Harap2 budak ni selamat la dari segalanya.
Syiling 10sen boleh accept lg kalo tertelan, but syiling 50sen? :o
 
tapi dah 6 tahun tu... bukan ker dah besar?
 
hehe.. aku pun penah tertelan 20 seng..

tapi masa masuk u dulu xray dah tak nampak dah.

dah selamat jalan romeo la tu.. haha..

umur baper time telan tu? camner leh tertelan?
 
Back
Top
Log in Register