BTC USD 63,741.7 Gold USD 4,341.79
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Syed Mokhtar wira dermawan

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120

image.jpg

Syed Mokhtar Al-Bukhary


HARTAWAN Malaysia Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary dan pengasas syarikat penerbangan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes dipilih antara 48 Wira Dermawan di Asia oleh majalah perniagaan antarabangsa, Forbes Asia, semalam.

Senarai dikeluarkan buat kali ke-8 berturut-turut itu menyebut Syed Mokhtar, 62, yang memiliki empayar perniagaan termasuk syarikat MMC Corp dan DRB-Hicom telah menderma lebih AS$500 juta (RM1.6 bilion) setakat ini.

Menurut Forbes Asia, Syed Mokhtar juga banyak menderma di luar Malaysia sejak 10 tahun lalu dengan menubuhkan kem pelarian di Pakistan, rumah anak yatim di Guinea dan program pemulihan untuk mangsa bencana di China, Indonesia dan Iran.

"Syed Mokhtar juga membuka hospital dan institusi lain di Uganda, Afrika Selatan, Nepal dan Australia yang sebahagiannya bertujuan untuk mempromosikan Islam," menurut Forbes Asia.

Sementara itu, Forbes Asia berkata, Fernandes, 50, melalui Yayasan AirAsia telah memberikan lebih AS$200,000 (RM643,000) sejak 2012 kepada beberapa kumpulan keusahawanan dan kesenian di Vietnam, Filipina dan Cambodia.

"Projek lain (Yayasan AirAsia) termasuk membantu penanam kopi di Thailand yang terjejas akibat penebangan hutan, memulihara bangunan warisan di Yogyakarta (Indonesia) dan menubuhkan stesen hidro mikro di Malaysia untuk komuniti yang tiada akses kepada elektrik," menurut majalah itu.

Yayasan AirAsia juga dilaporkan akan mengagihkan AS$200,000 (RM643,000) lagi tahun ini selain berjaya mengumpul lebih AS$2 juta (RM6.43 juta) untuk mangsa terselamat dalam Taufan Haiyan yang melanda Filipina pada November lalu bagi membina semula rumah dan kedai serbaneka mereka.

Menurut Forbes Asia, senarai menampilkan gabungan bilionair dan ahli perniagaan kurang terkenal itu bukan untuk memilih penderma paling banyak dari segi jumlah wang sebaliknya bertujuan menarik perhatian kepada penderma dan perjuangan mereka.

"Matlamatnya ialah mencari dermawan sebenar, iaitu individu yang menderma duit mereka sendiri, dan bukan duit syarikat, kecuali jika syarikat itu milik mereka hampir sepenuhnya," menurut Forbes Asia.

Seramai empat dermawan dipilih bagi setiap satu daripada 12 negara di Asia Pasifik dalam senarai terbaharu itu.
 
salah sorg pememngang saham IPP kan...ambik 10 bagi balik 4...
 
kenapa universiti dia tutup ek?
 
memang terbaik....

Alhamdulillah bagus Syed Mokhtar ni..sejak 10 tahun lalu beliau telah bergiat aktif dalam menderma masyarakat di luar negara..

sebelum ni perasan beliau derma dalam negara jer kali ni pendedahan hasil derma dan sedekah beliau di luar negara pula..

bole menjadi contoh kepada kita semua :)
 
selagi dia tak bank in aku duit sikit
selagi tuh dia bukan dermawan
huh
 
Back
Top
Log in Register