BTC USD 83,179.3 Gold USD 4,143.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Syarikat yang melarang solat

Aduan-syarikat tidak dibenarkan pekerja islam solat

Aduan-Syarikat Tidak Dibenarkan Pekerja Islam Solat
Thursday 14 May 2009 - 16:31:03

MPE WORLDWIDE TELAH BERJUMPA DENGAN PENGURUSAN PPIM BAGI MENJELASKAN KEADAAN YANG BERLAKU DAN MENYERAHKAN SURAT INI SEBAGAI PENJELASAN RASMI. MUNGKIN IA ADA KEBENARAN ATAU SEBALIKNYA. PPIM JUGA TELAH DIJEMPUT UNTUK MELAWAT KILANG MEREKA SECARA RASMI BAGI PENILAIAN SETERUSNYA.

respon_mpe.jpg

http://muslimconsumer.org.my/ppim/news.php?item.703.2
 
PAS kesal majikan larang pekerja bersolat
Bashir Ishak
Sat | May 23, 09 | 8:41:50 am MYT

KANGAR, 23 Mei (Hrkh) - Lajnah Pekerja dan Peneroka Bandar (LPPB) PAS Pusat, Haji Mohd Anuar Tahir melahirkan rasa kecewa dan mengecam tindakan sebuah syarikat MLM yang menghalang pekerja Islamnya daripada mengerjakan ibadah solat semasa waktu bekerja.

Dalam sebuah memorandum yang dikeluarkan, pihak pengurusan syarikat MP E-Worldwide Sdn Bhd telah mengeluarkan arahan berbunyi, "NOT APPROVED - PRAYER FOR MUSLIM STAFF DURING OFFICE HOUR" (Tidak Diluluskan - Waktu Solat Bagi Pekerja Muslim Semasa Waktu Bekerja).

Alasan yang diberikan ialah kesukaran untuk memantau pekerja Muslim yang berhenti untuk solat waktu tengahari dan petang. Pihak pengurusan telah memansuhkan masa untuk solat semasa waktu dan tiada pekerja yang dibenarkan untuk berhenti solat kecuali yang dibenarkan pada hari Jumaat dari jam 1.00 hingga 2.00 petang.

Mengulas perkara ini, Anuar berkata, pihaknya memandang berat arahan syarikat tersebut yang tidak membenarkan pekerjanya menunaikan solat yang kewajiban seorang Islam.

Kata beliau, perkara ini adalah serius yang tidak sepatutnya berlaku di sebuah negara yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi persekutuan dan juga bercanggah dengan prinsip perlembagaan yang memberikan kebebasan kepada rakyatnya untuk mengamalkan agama masing-masing.

"Kita tak mahu perkara ini dibiarkan dan menuntut pihak berwajib mengambil tindakan segera dengan memanggil syarikat ini dan memberi amaran keras supaya tidak menghina Islam.

"Bukan sahaja Islam sebagai agama rasmi persekutuan, malah tindakan ini juga telah mencabul hak rakyat untuk mengamalkan agama mereka seperti yang dibenarkan oleh perlembagaan," katanya.

Menurut beliau lagi, LPPB mendesak syarikat ini meminta maaf serta menarik balik arahan yang telah dikeluarkan itu.

"Sekiranya mereka tidak berbuat demikian kita harap pihak berkenaan mengambil langkah mendakwa syarikat tersbut mengikut undang-undang yang ada.

"Saya difahamkan bahawa syarikat ini adalah syarikat MLM dari Korea yang mempunyai cawangannya di sini. Perkara ini harus dipandang berat dan tak boleh dibiarkan kerana kita bimbang langkah sedemikian akan diikuti oleh syarikat lain pula.

"Kita tak mahu adanya majikan-majikan yang tidak menghormati kedudukan Islam di negara ini sebagai agama persekutuan dan sewenang-wenangnya mencabul dan merampas hak seorang Muslim utk menunaikan tanggungjawab hariannya.

"Kami sekali lagi mengecam dan menuntut pihak berwajib untuk mengambil tindakan segera ke atas isu ini dan ingin memberi amaran keras kepada syarikat atau mana-mana organisasi supaya tidak menunjukkan sikap biadap sebegini apatah lagi ke atas sebuah negara yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi dan turut memberikan hak untuk rakyat bebas mengamalkan agama masing-masing," tegasnya. - mks.

Masuk dalam paper harakah jer...dalam media2 arus perdana xdak masuk pun isu ni..
 
Kilang Radix kat jejawi tu bukan setakt solat berjemaah sekali, siap ada ceramah agama ngan usrah masa kerja.....tak payah nak potong2 gaji, syarikat kafir memang boleh buat alasan macam-macam.

KOrang tak percaya, meh kita buat lawatan tak rasmi ke kilang Radix, mana2 pun sama :D
 
mai secawan....:D:D

kebanyakan company cha ya nun alip jer yg mcm ni..den penah keja ngan company jepun dan org putih..diaorg xambik kesah sgt pun pasal kita gi solat..:">:">
 
Aduan-Syarikat Tidak Dibenarkan Pekerja Islam Solat
Thursday 14 May 2009 - 16:31:03

MPE WORLDWIDE TELAH BERJUMPA DENGAN PENGURUSAN PPIM BAGI MENJELASKAN KEADAAN YANG BERLAKU DAN MENYERAHKAN SURAT INI SEBAGAI PENJELASAN RASMI. MUNGKIN IA ADA KEBENARAN ATAU SEBALIKNYA. PPIM JUGA TELAH DIJEMPUT UNTUK MELAWAT KILANG MEREKA SECARA RASMI BAGI PENILAIAN SETERUSNYA.

respon_mpe.jpg

http://muslimconsumer.org.my/ppim/news.php?item.703.2

tq bro...:)cgrock
 
mai secawan....:D:D

kebanyakan company cha ya nun alip jer yg mcm ni..den penah keja ngan company jepun dan org putih..diaorg xambik kesah sgt pun pasal kita gi solat..:">:">

pekerja pi solat sampai 1-2 jam ka yang sampai kena potong gaji tu, aku potong kepala director dia sekoq2 baru tau :))
 
tak patut tul la company tu..break tuk solat tuk bape minit la sangat..diaorang ni tak menghormati agama lain :mad:
 
tak patut tul la company tu..break tuk solat tuk bape minit la sangat..diaorang ni tak menghormati agama lain :mad:

ni tahap KURANG AJAR sebenarnya, takkan solat sampai 30 minit?
 
hui,, citer pasal sola jumaat ni teringt majikan lama aku dulu.. sethn jugakla kami perjuangkan mende2 ni.. last2 kami angkut JAIS dtg opis.. last2 settle. dptla budak2 lelaki gi solat jumaat.
 
Back
Top
Log in Register