BTC USD 64,831.0 Gold USD 4,434.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Syarikat hantu

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
KUALA LUMPUR: Sebuah ‘syarikat hantu’ dikesan memanipulasi program syarikat lain dalam memperdaya ratusan mangsa sebelum melarikan jutaan ringgit, sejak beberapa bulan lalu.
Syarikat terbabit yang didalangi seorang lelaki yang baru berusia 20-an menggunakan program dan sebuah nama syarikat lain, Etika Emas Estet Sdn Bhd (Etika Emas) dalam mempengaruhi orang ramai.

Bagi menyakinkan mangsa, mereka mendakwa menyediakan pinjaman kewangan dalam membantu mangsa membeli jongkong emas 24 karat untuk dilaburkan sedangkan syarikat sebenar tidak menawarkan program seumpama itu.

Difahamkan, ‘syarikat hantu’ itu beroperasi sejak setahun lalu dan menawarkan bantuan mendapatkan pinjaman dengan mengenakan caj perkhidmatan 10 peratus daripada jumlah pelaburan kepada pelanggan yang berminat.

Mendedahkan perkara itu, Pengurus Etika Emas, Rita Izziana Tumin, berkata pihaknya tidak mempunyai kaitan dalam urusan berkenaan seperti yang dilakukan syarikat terbabit.

“Kami tidak menyediakan bantuan pinjaman kepada sesiapa pun seperti dilaporkan pihak berkenaan. Sebaliknya, kami hanya menyediakan program pelaburan jongkong emas. Mereka memanipulasi program anjuran kami sebelum menipu orang ramai.

“Malah, pihak syarikat Etika Emas dan 11 kakitangan turut menjadi mangsa dan mengalami kerugian kira-kira RM250,000 semata-mata untuk mendapatkan pinjaman berkenaan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menurutnya, sejak sebulan lalu lebih 100 mangsa tampil menuntut pinjaman mereka gara-gara terpedaya dengan janji manis kononnya pihak Etika Emas menyediakan pinjaman berkenaan selain mengenakan caj 10 peratus.

“Mana tidaknya, mereka menggunakan nama dan memanipulasi program Etika Emas untuk menyakinkan mangsa sebelum melarikan wang pelaburan,” katanya.

Rita Izziana berkata, pihaknya menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dengan ‘syarikat hantu’ itu bagi mengelakkan mereka menjadi mangsa seterusnya.

“Kami berharap pihak terbabit memulangkan wang kepada mangsa dalam kadar segera ataupun berdepan dengan tindakan undang-undang,” katanya.

Sehubungan itu, pihak syarikat Etika Emas Estet membuat laporan polis di Balai Polis Damansara di sini, untuk siasatan dan tindakan lanjut.
 
etika emas??

yg kata cagar ngan bank rakyat ker????

mcm ramai je yg join dlm cg niiiiiii......

org etika sndr terkena??? plg x logik... ataupun, xnak mengaku kesalahan sndr ckp ada syarikat lain menggunakan nama etika emas???

ntah2 org dalam buat hal.. xnak nama baik terjejas, putar beli citeeee....
 
etika emas??

yg kata cagar ngan bank rakyat ker????

mcm ramai je yg join dlm cg niiiiiii......

org etika sndr terkena??? plg x logik... ataupun, xnak mengaku kesalahan sndr ckp ada syarikat lain menggunakan nama etika emas???

ntah2 org dalam buat hal.. xnak nama baik terjejas, putar beli citeeee....

Macam tak beretika saja :-?
 
sebab tu jgn mudah percaya dgn sebarang bentuk pelaburan...kalau nak....gi terus ke bank rakyat. skrg ni rasanya bank rakyat ada buat sistem camni.....gadai kan barang kemas kpd bank rakyat, duit gadaian tu dimasukkan dalam simpanan tetap....kita dpt profit dr situ....pernah terbaca kat mana ntah
 
bukan ker dah berkali kali den cakap...nak beli emas...beli sendiri ngan bank...jgn terlibat dgn mana mana pelaburan emas....org melayu kita ni kalau taik lembu tu sekeping rm 2000 memang ada jer syarikat pelaburan taik lembu yang muncul...memang tunggu time jer nak menipu org....

beli emas dengan bank...dan simpan sendiri...pajak balik kat bank dan jual....apa susah?!! dah senang lagi nak senang...tu la pasal...labur sana labur sini....nak untung cepat...
 
btul aa bro..dah bnyk sgt kes mcm nih berlaku..ada je org yang terkena
 
macam2 jenis penipuan skang ni.....yg kena tipu org melayu kita, yg menipu pun org melayu kita.....ceisssss
 
penipu adalah tauke judi dan arak..org kita adalah mangsanya
 
Back
Top
Log in Register