BTC USD 64,266.9 Gold USD 4,463.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Syarat cermin gelap kekal

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak bercadang melonggarkan syarat penggunaan cermin gelap pada kenderaan persendirian walaupun atas faktor-faktor tertentu.

Timbalan Menteri Pengangkutan Jelaing Mersat berkata langkah ini diambil ekoran kerajaan khuatir kelonggaran yang diberikan akan disalahgunakan oleh pihak tertentu dalam menjalankan kegiatan jenayah selain menjejaskan aktiviti penguatkuasaan serta keselamatan agensi penguatkuasa seperti Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).


"Setakat ini kerajaan masih belum bercadang untuk melonggarkan syarat penggunaan cermin gelap pada kenderaan persendirian.

"Walaupun terdapat cadangan untuk melonggarkan syarat tersebut atas faktor peningkatan suhu dan kes jenayah, namun kerajaan khuatir kelonggaran yang diberikan akan disalahgunakan oleh pihak-pihak tertentu dalam menjalankan kegiatan jenayah selain menjejaskan aktiviti penguatkuasaan serta keselamatan," katanya menjawab soalan Senator Datuk Nor Hayati Onn.


Nor Hayati ingin tahu sama ada syarat penggunaan cermin gelap pada kenderaan persendirian bakal dilonggarkan atau tidak atas sebab suhu serta kes jenayah yang meningkat.


Selain itu, Jelaing berkata kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS) juga mendapati penggunaan cermin gelap boleh menghalang penglihatan pemandu dan boleh menjadi punca kemalangan jalan raya.

Bagaimanapun, beliau berkata kerajaan boleh mempertimbangkan permohonan untuk memasang cermin gelap atas alasan kesihatan sekiranya diperakukan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan atau jika terbukti adanya ancaman keselamatan.

sumber: http://www.hmetro.com.my/articles/Syaratcermingelapkekal/Article
 
apa masalah klu pakai cermin gelap ni..tak paham tol la kerajaan bon.gok nie... ~X(
 
aku ada 5 saman cermin gelap satu saman jpj untuk infection...hahahha...
memang xxxx!!
 
syarat nak pakai cermin gelap...kena ada surat dari hospital keraJAAN sengal kerana sakit kulit atau yg sewaktu dgnnya...dan permohonan memakan masa 6 bulan atau lebih..(silap2 6 tahun,dah mati dah agaknya)

jika ada link dgn pengarah JPJ baru leh kawtim...

memang sen.gal....

tapi aku tetap bertahan selama 11 tahun ini...

hahaha....
 
Mana boleh batal ni. Nanti kurang la income saman. Byk saman mai dari cermin gelap, no plate dgn hid. Tp hid da makin kurg da org pakai.. Hehehehe..
 
kalo VIP guna alphard (cermin gelap belakang) sempat la MELAYAN amoi dalam tu...:-?:-?

stanby RM 200....

aku dah biasa kena tahan.....

kekadang tak ada duit tu yg smpai kena saman tue....:p:))

kalau JPJ memang tak boleh lari la....:mad:
 
Back
Top
Log in Register