BTC USD 63,070.2 Gold USD 4,302.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Syabu dalam botol garam laut

am kurizawa

Active+ Member
Messages
2,708
Joined
Jul 4, 2009
Messages
2,708
Reaction score
15
Points
25
ne_04.1.jpg


SEPANG – Satu sindiket pengedaran dadah kini beralih arah apabila didapati menyembunyikan syabu di dalam botol barangan kosmetik berasaskan garam laut untuk diseludup ke negara ini melalui udara dari Almaty, Kazakhstan.

Rahsia itu terbongkar selepas Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menahan dua lelaki yang merupakan warga Kazakhstan serta Iran berusia 24 dan 30 tahun bersama syabu seberat 3.2 kilogram bernilai RM800,000 pada pukul 8 pagi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini kelmarin.

Penolong Ketua Pengarah JKDM, Datuk Zainul Abidin Taib berkata, sebaik melalui mesin pengimbas, anggotanya melihat sesuatu yang mencurigakan apabila ternampak empat botol garam laut dan satu peket mengandungi serbuk kristal putih disembunyikan di dalam sebuah beg.-Kosmo
 
macam-macam taktik digunakan tapi failed jugak...
 
Back
Top
Log in Register