eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
BANGI 14 Mei - Pengerusi Eksekutif Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd (Syabas), Tan Sri Rozali Ismail menafikan syarikat utiliti itu akan dijual kepada Kerajaan Negeri Selangor.
Malah, beliau enggan mengulas lebih lanjut mengenai isu berkenaan yang disifatkan tidak pernah wujud.
''Itu hanya khabar angin semata-mata kerana Syabas masih berhasrat meneruskan perkhidmatan kepada pengguna,'' katanya.
Keputusan Kerajaan Negeri Selangor berhasrat mengurangkan kos pembayaran air kepada syarikat berkenaan dalam usaha memberikan air percuma sebanyak 20 meter padu kepada rakyat.
Perkara berkenaan telah disuarakan olehPengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi dan Kebudayaan negeri, Rodziah Ismail baru-baru ini.
Mengenai pemberian 20meter padu air percuma, beliau memberitahu masih ada beberapa aspek lagi yang perlu diberi perhatian terutamanya membabitkan isu perjanjian dan kewangan.
''Setakat ini, belum ada kata putus lagi antara Syabas dan kerajaan negeri, jadi dalam masa terdekat ini, kami tidak boleh beri sebarang kenyataan,'' katanya.
Terdahulu, beliau merasmikan Program Latihan Kem Tahunan Skuadron 60 Rejimen Pakar Pengendalian Air (RAJD) di Kampung Bangi Tambahan di sini hari ini.
Menurut beliau, rejimen ini merupakan satu pasukan yang dipertanggungjawabkan untuk menggerakkan nadi keperluan asas negara antaranya operasi pembekalan air semasa darurat.
"Latihan ini diadakan supaya kita sentiasa bersiap sedia dengan pelbagai bentuk latihan fizikal dan mental untuk menghadapi sebarang kemungkinan dan kita tidak perlu tunggu waktu darurat,"
"Tujuan penubuhan rejimen ini adalah untuk membantu masyarakat seperti yang disuarakan oleh kerajaan," katanya.
RAJD ditubuhkan pada tahun 1965 apabila kerajaan menyedari bahawa bekalan air merupakan satu perkhidmatan yang penting kepada negara.
Pada tahun ini, RAJD telah melakukan latihan teknikal kem tahunan di Kampung Bangi Tambahan dari 9 Mei lalu hingga 17 Mei ini manakala latihan rejimental di Logi Rawatan Air Sungai Linggi, Rantau Negeri Sembilan pada 18hingga 26Mei ini.