BTC USD 65,617.5 Gold USD 4,434.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Syabas hantar program catuan

Luqmanul Hakim

CG Top Poster Club
gem
Messages
23,318
Joined
Mar 17, 2010
Messages
23,318
Reaction score
4,848
Points
196
Syabas hantar program catuan


KUALA LUMPUR: Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) sudah menghantar kertas cadangan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Span) bagi melaksanakan program catuan air di Kuala Lumpur, Klang dan Hulu Langat.

Penolong Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Perhubungan Awam Syabas, Prescilla Alfred berkata, cadangan itu sudah dikemukakan kelmarin, dalam usaha mengurangkan masalah pengguna di tiga kawasan terbabit yang berdepan krisis air serius.


Katanya, Syabas akan merangka jadual sistematik bagi membolehkan pengguna dimaklumkan bila bekalan air terjejas dan membuat perancangan sebelum gangguan, sekali gus kawasan yang kerap mengalami masalah itu tidak terjejas bagi tempoh lama.

Kelmarin, Kerajaan Selangor berhasrat mengambil alih pengurusan Syabas selepas mendakwa syarikat itu tidak memberikan perkhidmatan memuaskan.


Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri akan menghantar surat kepada Kerajaan Persekutuan dan Span untuk mendapatkan kelulusan terhadap pengambilalihan itu.


Bagaimanapun, semalam Syabas menyangkal dakwaan Khalid. itu dan menganggapnya sebagai tuduhan tidak berasas serta mengelirukan.


Pengarah Eksekutif Perkhidmatan Teknikal Syabas, V Subramaniam berkata, krisis air di beberapa kawasan sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya ketika ini adalah disebabkan kekurangan bekalan air terawat yang berpunca daripada tindakan kerajaan negeri Selangor sendiri.





sumber : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Syabashantarprogramcatuan/Article/index_html
 
sekarang hujan x berenti2 weiii......mencurah2 siang dan malam....
 
Syabas gagal menjalankan tugas bila mengadakan program catuan air, walhal dah berhari2 hujan kt Selangor. Ini bermakna Syabas tiada effort bersungguh utk sediakan air diproses. Baik berenti je la org2 pengurusan Syabas..
 
apehal perlu catuan?
dah nmpk syabas nie kebulur idea nak menipu...
 
Ujan lebat giler babeng je kt klang nk catu wat gapo?egat ni negara nigeria ke
 
Syabas gagal menjalankan tugas bila mengadakan program catuan air, walhal dah berhari2 hujan kt Selangor. Ini bermakna Syabas tiada effort bersungguh utk sediakan air diproses. Baik berenti je la org2 pengurusan Syabas..

depa bleh jer ....alasan jer tu... :p

padahal...sajja nak kasi gomen sgor gelabah ler tu ...kasi mengamuk rakyat takdak air......:p
perangai! :p
 
4 hari berturut2 xkire siang mlm...blh syabas kate air xckup....haram sungguh...keje pkir untung je.....nk tekan rakyat je kejenya...
 
sebelum ni ckp air tak cukup..dibidas oleh kerajaan negeri selangor yg air cukup....pastu syabas ckp air terawat yg sebenarnya yg tak cukup...adoiiiiii....apa punya statement la..asyik tukar2..
 
Back
Top
Log in Register