dhiaperfumes
CG Top Poster Club

- Messages
- 41,571
- Joined
- Nov 12, 2009
- Messages
- 41,571
- Reaction score
- 63
- Points
- 120
SIDANG media yang dibuat bagi menjelaskan mengenai kempen, Switch Off 14, Selasa lalu oleh Gabungan Persatuan Karyawan Malaysia (Gafim) nampaknya memberi pemahaman jelas akan langkah mereka selepas ini.
Pun begitu, ada di kalangan selebriti yang hadir turut mempersoalkan mengapa kempen ini seakan tidak menarik minat golongan selebriti popular dan baharu.
Selaku Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi digesa agar membuat 'sesuatu' agar perkara ini tidak hanya dipandang sepi golongan berkenaan.
"Sebenarnya, kempen ini telah dimanipulasikan sehingga memberi gambaran buruk dan negatif akan pelaksanaannya. Pun begitu, saya cuba untuk meyakinkan mereka sebelum ini.
"Malah, sebelum ini Seniman pernah membuat dua taklimat untuk memperjelaskan mengenai perkara ini namun ianya gagal mendapat sokongan daripada ahli-ahli.
"Bagaimanapun, saya akan cuba membawa artis-artis popular ini 'turun' pada 11 November nanti dan memberi pendedahan sepenuhnya kepada mereka," katanya ketika sidang media berkenaan.
Tambah Zed, kemungkinan besar, golongan berkenaan tidak berminat dengan kempen yang diadakan kerana merasa selesa dan berpuas hati dengan kerjaya mereka ketika ini.
"Kita lakukan perkara ini untuk keseluruhan industri. Tidak kira yang menyokong atau tidak, sekiranya berjaya ia akan dinikmati oleh semua kelompok.
"Jadi, artis popular dan baharu tidak boleh terlalu selesa kerana satu masa nanti, sekiranya mereka jatuh, nasib mereka lebih kurang sama dengan selebriti yang pernah mengecapi kegemilangan satu ketika dahulu," katanya yang mengakui industri seni adalah di antara tiga penyumbang terbesar negara.
http://www.cari.gold/2014/10/switch-off-14-zed-pancing-artis-popular.html