BTC USD 85,851.0 Gold USD 4,315.67
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Suzuki SX4 - Dari RM89,973..

Sony_Boy

Super Active Member
Messages
7,288
Joined
Jun 20, 2007
Messages
7,288
Reaction score
173
Points
73
main2.JPG

11.jpg


Motortrader - Suzuki SX4

Tengok gambar cam cun..
 
mcm besar vitara je aku tgk..
 
macam tak logik je harga bawah 90k

betul la tuh.. standard price..

PUTRAJAYA 13 Dis. – Suzuki Malaysia Automobile Sdn. Bhd., anak syarikat milik penuh DRB-Hicom Berhad yakin pengenalan kenderaan gabungan kenderaan utility sports (SUV) dan kereta kompak, SX4 bakal menyemarakkan lagi jenama Suzuki di pasaran automotif Malaysia.

Pengarah Urusan Kumpulan DRB-Hicom, Datuk Mohd. Khamil Jamil berkata, pihaknya yakin Suzuki SX4 akan menjadi pilihan ramai, kerana modelnya yang menarik dan menawarkan ciri-ciri terbaik gabungan dua jenis kenderaan iaitu SUV dan kompak.

Katanya, SX4 merupakan wakil terbaik bagi menggambarkan pakatan DRB-Hicom dan Suzuki yang saling menyokong dalam menuju matlamat iaitu terus memenuhi jangkaan pelanggan dan memberi manfaat kepada pelanggan serta masyarakat.

‘‘Pengenalan SX4 adalah susulan pelancaran SUV Grand Vitara pada September lalu serta kereta kompak Swift dan Swift Sport pada Julai lalu. Ia pastinya menyemarakkan minat ramai terhadap kenderaan berjenama Suzuki di negara ini.

‘‘Kami mahu mengekalkannya dengan terus bergiat secara agresif menawarkan pilihan model kereta yang lebih banyak, menarik dan memiliki nilai tambah kepada pelanggan,” katanya pada pelancaran SX4 di sini, semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif Suzuki Malaysia, Bastamam Hamzah pula berkata, pihaknya meletakkan sasaran jualan 50 buah SX4 sebulan dan tidak menolak kemungkinan melancarkan pemasangan tempatan (CKD) jika sambutan terhadapnya mencapai paras yang dikehendaki.

‘‘Kami yakin sambutan terhadap SX4 akan bagus kerana daripada kumpulan pertama 50 buah yang kami bawa sempena pelancaran ini, sebanyak 40 buah telah habis dijual,” kata beliau.

Suzuki SX4 berenjin 1.6cc (M16A empat silinder 16 injap), menggunakan transmisi automatik 4-kelajuan mampu menjana kuasa maksimum 75kW pada 5,600 rpm dan tork maksimum 140 Nm pada 4,000 rpm, serta dipacu menggunakan sistem pacuan 4x2.

Kenderaan ini yang dipasang di Jepun, ditawarkan dalam dua versi pada harga atas jalan (tanpa insurans) RM87,450 sebuah bagi model biasa dan RM91,750 sebuah bagi versi Premier.
 
yup.. aku pn br baca dlm paper smlm.. best la skrg nih.. semua pengeluar kete bersaing.. harga makin lama makin drop..

bagus utk pembeli..
 
harge keta CBU byk yg drop ... sbb pemegang AP juga jd owner kompeni tu. So dah blh save dlm 20k utk satu keta.
la ni keta2 ckd lg mahal ...... sbb kompeni semua cekik darah, pastu nak salahkan harge2 keta nasional.
 
bagus la kalau cmtuh.. ramai yg bole rasa kete CBU yg berkualiti lebih tinggi.
 
Back
Top
Log in Register