macam tak logik je harga bawah 90k
betul la tuh.. standard price..
PUTRAJAYA 13 Dis. – Suzuki Malaysia Automobile Sdn. Bhd., anak syarikat milik penuh DRB-Hicom Berhad yakin pengenalan kenderaan gabungan kenderaan utility sports (SUV) dan kereta kompak, SX4 bakal menyemarakkan lagi jenama Suzuki di pasaran automotif Malaysia.
Pengarah Urusan Kumpulan DRB-Hicom, Datuk Mohd. Khamil Jamil berkata, pihaknya yakin Suzuki SX4 akan menjadi pilihan ramai, kerana modelnya yang menarik dan menawarkan ciri-ciri terbaik gabungan dua jenis kenderaan iaitu SUV dan kompak.
Katanya, SX4 merupakan wakil terbaik bagi menggambarkan pakatan DRB-Hicom dan Suzuki yang saling menyokong dalam menuju matlamat iaitu terus memenuhi jangkaan pelanggan dan memberi manfaat kepada pelanggan serta masyarakat.
‘‘Pengenalan SX4 adalah susulan pelancaran SUV Grand Vitara pada September lalu serta kereta kompak Swift dan Swift Sport pada Julai lalu. Ia pastinya menyemarakkan minat ramai terhadap kenderaan berjenama Suzuki di negara ini.
‘‘Kami mahu mengekalkannya dengan terus bergiat secara agresif menawarkan pilihan model kereta yang lebih banyak, menarik dan memiliki nilai tambah kepada pelanggan,” katanya pada pelancaran SX4 di sini, semalam.
Ketua Pegawai Eksekutif Suzuki Malaysia, Bastamam Hamzah pula berkata, pihaknya meletakkan sasaran jualan 50 buah SX4 sebulan dan tidak menolak kemungkinan melancarkan pemasangan tempatan (CKD) jika sambutan terhadapnya mencapai paras yang dikehendaki.
‘‘Kami yakin sambutan terhadap SX4 akan bagus kerana daripada kumpulan pertama 50 buah yang kami bawa sempena pelancaran ini, sebanyak 40 buah telah habis dijual,” kata beliau.
Suzuki SX4 berenjin 1.6cc (M16A empat silinder 16 injap), menggunakan transmisi automatik 4-kelajuan mampu menjana kuasa maksimum 75kW pada 5,600 rpm dan tork maksimum 140 Nm pada 4,000 rpm, serta dipacu menggunakan sistem pacuan 4x2.
Kenderaan ini yang dipasang di Jepun, ditawarkan dalam dua versi pada harga atas jalan (tanpa insurans) RM87,450 sebuah bagi model biasa dan RM91,750 sebuah bagi versi Premier.