lokman1970
Fun Poster
- Messages
- 819
- Joined
- Jul 22, 2011
- Messages
- 819
- Reaction score
- 259
- Points
- 31
1) Waktu malam untuk tidur dan siang untuk bekerja
Al-Furqaan :47
Dan Dia lah Tuhan yang menjadikan malam untuk kamu sebagai pakaian, dan menjadikan tidur untuk berhenti rehat, serta menjadikan siang untuk keluar mencari rezeki.
Al-Jumu’uh : 10
Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).
2) Solat Tahajjut di 2/3 malam (dari pukol 3pagi hingga 30minit sebelum suboh)
Adz-Dzaariyaat : 17
Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja: masa dari waktu malam, untuk mereka tidur.
Al-Muzammil : 20
Sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad) mengetahui bahawasanya engkau bangun (sembahyang Tahajjud) selama kurang dari dua pertiga malam, dan selama satu perduanya, dan selama satu pertiganya; (hingga akhir ayat)
3) Mohon Ampun diwaktu sahur sebelum fajar (30 minit sebelum subuh/waktu sahur)
Adz-Dzaariyaat : 18
Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun).
Ali-Imran : 17
(Dan juga) orang-orang yang sabar (dalam menjunjung perintah Allah), dan orang-orang yang benar (perkataan dan hatinya), dan orang-orang yang sentiasa taat (akan perintah Allah), dan orang-orang yang membelanjakan hartanya (pada jalan Allah), dan orang-orang yang beristighfar (memohon ampun) pada waktu sahur.
4) Solat fajar/subuh (waktu suboh)
Al-Fajr : 1
Demi waktu fajar;
5) Selepas solat fajar dan sebelum ke tempat kerja (baca quran @ tasbih @ takbir @ tahmid)
Al-Araaf : 205
Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (melanggar perintahnya), dan dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai.
Barang siapa yang boleh uruskan masanya mengikut masa di atas maka InsyaAllah berjaya dunia dan akhirat.
Apa yang menjadi amalan para sahabat nabi dahulu iaitu mereka tidak berlengah masa selepas solat isya dan terus tidor atas 2 sebab:
1) Mereka merancang untuk bangun awal untuk solat tahajjut. Kita anggarkan mereka tidur dari pukol 9.30 malam hingga 3.00 pagi.
2) Mengelakkan dari berbuat maksiat. Zaman kita ini, maksiat dalam bentuk menonton Tv selepas solat insya, hingga tidor pukol 12 malam, jadi ini akan memberatkan untuk bangun tahajjut. Kalau menonton siaran berbentuk agama, Alhamdullilah menambah ilmu. Tapi yang masalahnya menonton konsert jom heboh, mentor, cerekarama yg perempuan mendedahkan aurat, sehati berdansa, bola dan macam2 ada.