ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Mohamad Fakri memeriksa perbarisan anggotanya sempena sambutan Peringatan Hari Polis ke-208, kelmarin.
SERI ISKANDAR - Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Perak Tengah berjaya menangkap seorang suspek yang dipercayai melakukan jenayah pecah kedai di sekitar kawasan Seri Iskandar.
Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Fakri Che Sulaiman berkata, suspek berusia 21 tahun itu ditahan selepas pecah kedai di sebuah restoran di Seri Iskandar Bisnes Center (SIBC) pada 18 Mac lalu.
Menurutnya, ketika itu anggotanya sedang melakukan rondaan di kawasan berkenaan dan mendapat maklumat berlakunya kejadian pecah kedai.
"Suspek melarikan diri tanpa sempat mengambil motosikal yang dinaikinya menuju ke arah sebuah restoran makanan segera berhampiran, namun berjaya ditahan di belakang restoran makanan segera berkenaan," katanya ketika sidang media selepas majlis sambutan Peringatan Hari Polis ke- 208 peringkat Daerah Perak Tengah semalam.
Mohamad Fakri berkata, anggotanya segera membuat pemeriksaan dan merampas beberapa barang kes daripada suspek tersebut.
"Antara barangan yang dirampas ialah kamera digital, laptop, power bank, tablet, bungkusan duit syiling bernilai RM300, wang kertas berjumlah RM700 dan pemutar skru.
"Dalam masa sama, pihak kami masih lagi memburu seorang lagi suspek yang dipercayai abang kepada suspek yang ditahan," katanya.
Katanya, dengan penangkapan suspek itu, pihaknya percaya dapat menyelesaikan lebih dari 10 kes pecah kedai yang kerap berlaku di kawasan Seri Iskandar.
"Kita juga berharap orang ramai akan terus menyalurkan maklumat ," katanya.
Dalam majlis itu, seramai 36 penerima melibatkan pegawai, anggota polis menerima sijil penghargaan.