BTC USD 63,462.8 Gold USD 4,340.80
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Suspek pecah tabung surau ditahan

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,282
Joined
Dec 6, 2010
Messages
26,282
Reaction score
1,665
Points
201
4210.jpeg



4213.jpeg
4216.jpeg
4219.jpeg
4222.jpeg

Suspek pecah tabung surau ditahan

SEREMBAN – Seorang lelaki berputih mata apabila ditahan polis selepas memecah tabung surau di Senawang di sini yang dianggarkan bernilai RM200.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, berdasarkan maklumat suspek berusia 26 tahun itu berjaya ditahan sepasukan polis pada pukul 11 malam semalam di sebuah taman perumahan di Senawang.

“Suspek ditahan susulan laporan polis oleh seorang pesara berusia 64 tahun yang juga Ahli Jawatankuasa Surau pada 1 Disember lalu yang menyatakan tabung surau di sebuah taman perumahan di Senawang telah dipecahkan dan anggaran kerugian RM200.

“Hasil siasatan mendapati suspek telah memotong mangga tabung surau dan mengambil kesemua wang yang berada berada di dalam tabung tersebut,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Arifai, dengan tertangkapnya suspek dalam kes tersebut, pihak polis berjaya menyelesaikan tiga kes pecah tabung surau di sekitar kawasan Senawang.-KOSMO! ONLINE
 
Polis ni pergi dedahkan tukang buat repot pulak, esok melaun tu pergi cari kat rumah tak pasal.
Yang kena tangkap rogol anak dara orang tak ada pulak nak dedahkan nama si pelaku.
 
Back
Top
Log in Register