BTC USD 80,550.9 Gold USD 3,995.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Santai Survey balik kampung

jom balik


  • Total voters
    0
Tahun ni aku nak try Tip yang tt share ni..xyah balik kampung..

tapi korang ada cadangan x apa nak wat kalau x balik kampung??

- baring atas jalan raya (keta tak byak kat KL)
- lepak ngn pendatang tanpa izin (time2 camni PATI suka bt reunion kt KL)
- pegi umah terbuka jibby n rossy
- pegi zoo n smbot raya ngn haiwan2 kat zoo


nota kaki : pegi la balik kg..jgn ikut sgt tip menteri boodoh malaysia nih..sian kat mak ayah lu,raya bkn hari2 pn..
 
- baring atas jalan raya (keta tak byak kat KL)
- lepak ngn pendatang tanpa izin (time2 camni PATI suka bt reunion kt KL)
- pegi umah terbuka jibby n rossy
- pegi zoo n smbot raya ngn haiwan2 kat zoo


nota kaki : pegi la balik kg..jgn ikut sgt tip menteri boodoh malaysia nih..sian kat mak ayah lu,raya bkn hari2 pn..

hahahaha..tu ar balik gak nampak gayanya..tapi kejap jer lah..sebab xapply cuti..:eek:
 
xbalik kampung best utk luar yg bekerja kat kl. kat highway xbnyak keta. jln xbrape nak jem..ni dh 2 kali raya xbalik kampung ni.huhuu
 
da95b2e5zkbmh8741.jpg
 
Untuk mudahkan urusan ketika balik raya di rumah mak ayah di kampung, sila ikuti 15 langkah berikut :

1. Bawa balik seterika sendiri. Supaya x berebut. Kalau muat bonet, angkut iron board sekali.

2. Rumah di kampung kadang x ada aircond, kipas terhad, bawa balik 1 kipas sendiri. Kalau dapat elakkan tidur hotel atau homestay melainkan wujud keperluan mendesak.

3. Bawa balik extention cable sekali. Taklah berebut nak cas telefon, nak iron, nak blender dll.

4. Kalau perlu, tilam@toto pun bawa sekali.

5. Boleh tidur lewat malam raya, tapi jangan sampai terlepas solat di pagi raya. Ramai buat macam tu.

6. Ajar isteri dan anak perempuan untuk tolong mak basuh pinggan dan kemas meja lepas makan. Anak laki tolong atuk kemas rumah sapu laman, bakar lemang, ligan ayam dll.

7. Untuk elakkan anak-anak 24 jam dengan talipon, mak ayah pun kena elakkan dari 24 jam tengok hp. Kepimpinan melalui tauladan.

8. Untuk suasana harmoni, elakkan orang lelaki buka baju atau merokok ketika ramai-ramai di ruang tamu, atau di meja makan. Ia terkait dengan aurat, keselesaan dan 'respect'.

9. Santuni adik beradik yang sedikit 'kurang' berada dari kita. Jangan sembang bab kereta, telefon baru, beli rumah, pergi Korea dll. Kalau ditanya, boleh dijawab ringkas. Fokus pada silaturrahim.

10. Bagi duit raya pada mak ayah ikut kemampuan. Sikit atau banyak, kena bagi. Duit memang penting, namun 'keberadaan' kita bersama mereka lebih disyukuri.

11. Jangan selalu terperap dalam bilik. Ini biasa hobi menantu perempuan. Ringan-ringankan tulang bantu di dapur. Dan 1 lagi, time raya ni lah nak kenal saudara mara. Kalau terperap dalam bilik, mana nak kenal siapa yang datang.

12. Kalau ada lebihan rezeki, tolonglah beli barang-barang dapur. Beras pulut, daun palas, daging 3-4 kg. Kuih raya 3-4 balang dll. Paling koman 'kordial sunquick' pun kira dah soleh tu.

13. Jangan mudah terasa dengan tutur kata adik beradik ipar duai. Belajar berlapang dada. Jangan cemari kemaafan syawal dengan kemarahan kita.

14. Bagi yang beraya di rumah mertua, cuba enjoy dan menerima seadanya. Mungkin tak sama dengan raya kat rumah sendiri. Tapi nasiblah, sapa suruh kahwin!

15. Kita balik kampung bukan kerana budaya. Tetapi kerana mak ayah kita. Tanggungjawab kita. Kalau mereka sudah tiada, memori masih terpahat di sana. Nikmati masa tersebut. Hargai dan syukuri sebelum ia pergi.

Sila tambah lagi kalau rasa ada tertinggal!

Salam Syawal

Taqabbalallahu Minna Waminkum
 
Back
Top
Log in Register