balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
KOTA BHARU - Seorang suri rumah berusia 39 tahun terkejut apabila menerima kiriman surat ugutan berisi peluru ditujukan kepada suaminya yang dihantar ke rumah mereka di Pengkalan Chepa, di sini, kelmarin.
Sebutir peluru tembaga kuning berserta nota ugutan yang diterima pada jam 2.30 petang, 16 Februari itu mendakwa penyelia sebuah syarikat swasta berkenaan bermulut celupar, kaki perempuan dan keras kepala.
Berikutan suaminya berada di Kuala Lumpur untuk suatu urusan, wanita itu bertindak membuka surat itu, namun tergamam dan kemudian membuat laporan polis kerana bimbang akan keselamatan suami.
Timbalan Ketua Polis daerah, Superintendan Idris Abd Rafar sahkan menerima laporan dan rakaman percakapan pengadu telah direkodkan.
Idris berkata, menurut isteri mangsa, ini kali kedua mangsa yang berusia 41 tahun itu menerima surat ugutan selepas pertama diterima melalui kiriman pos pada Oktober 2013 yang ditaip menggunakan komputer serta nombor pendaftaran kereta suaminya yang ditulis dengan pen merah di belakang sampul surat.
“Pengadu tidak tahu sama ada suaminya ada musuh atau hubungan dengan mana-mana perempuan, namun mengakui setahun yang lalu suaminya pernah berhubungan dengan seorang ibu tunggal dua anak yang tinggal di Kuala Lumpur. Mangsa juga mengaku kepada pengadu bahawa dia menikahi perempuan itu di Thailand tetapi enggan tunjuk surat nikah, sebaliknya dakwa dia terkena ubat guna-guna,” katanya.
Idris berkata, pengadu juga pernah terima panggilan telefon daripada perempuan tersebut dan beritahu dirinya hamil anak suami pengadu, namun kata pengadu suaminya itu sudah insaf dan tidak berhubung dengan perempuan tersebut.
“Selepas menerima surat pada 2013, pengadu dan suaminya tidak lagi terima apa-apa ugutan dan ancaman lain hingga kelmarin,” katanya.
Katanya, peluru itu akan diserahkan kepada Cawangan Senjata Api untuk tindakan selanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menakutkan secara jenayah.
sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/kelantan/suri-rumah-terima-ugutan-peluru-1.251985