BTC USD 63,285.7 Gold USD 4,344.07
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Surau bazar tidak terbakar

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg



Kipas, sejadah, telekung dan kain pelikat yang tergantung tidak terjejas akibat kebakaran.
< 1 / 2 >
RANTAU PANJANG – Meskipun Bazar Mimi di Zon Bebas Cukai musnah akibat kebakaran Isnin lalu, namun surau yang terletak di hujung bangunan berkenaan hanya mengalami kerosakan kecil.

Peniaga, Salwani Shafii, 27, berkata, surau yang dibina puluhan tahun lalu, hanya mengalami kerosakan pada bahagian bumbung manakala dinding dan lantai masih berada dalam keadaan baik.

“Dengan izin-Nya, kipas, sejadah, telekung dan kain pelikat yang tergantung di surau berkenaan tidak terusik, umpama keadaan sebelum berlakunya kebakaran.

“Sedangkan kesemua kedai yang berada di deretan yang sama musnah 100 peratus dan tidak dapat diselamatkan,” katanya.

Ketika kejadian katanya, angin bertiup ke arah Pasar Besar dan seterusnya menghalang bahangnya daripada memusnahkan surau terbabit.

Salwani turut bersyukur kerana kedai makan ibunya yang berada di sebelah surau berkenaan terselamat daripada kebakaran terbabit.

Sementara itu, Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof berkata, kejadian itu memberi keinsafan kepada umat Islam di sini.

Menurutnya, kedai pakaian (jersi), selimut tebal dan pekakas dapur musnah 100 peratus namun keadaan di dalam surau tidak terusik.

“Saya berharap peniaga di sini bersabar dengan ujian ini kerana ALLAH SWT sentiasa menjaga hambanya yang beriman,” katanya.

Isnin lalu, Zon Bebas Cukai yang sinonim dengan syurga beli belah dalam kalangan pelancong, hanya tinggal sisa kayu apabila bahagian kiri zon berkenaan hangus 100 peratus. Dalam kejadian jam 11.25 malam itu, 60 unit
kedai di Blok B Zon Bebas Cukai Rantau Panjang, melibatkan 74 peniaga hangus sama sekali.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/surau-bazar-tidak-terbakar-1.238591
 
Ada hikmah disebaliknya apa yg terjadi
 
mungkin surau sekecil itu tidak putus menerima kehadiran hamba Allah yg ingin mengadap Penciptanya..
 
Back
Top
Log in Register