BTC USD 86,608.0 Gold USD 4,361.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Surah Yasin....Kenapa Perlu Baca?

wanzex

CG Top Poster Club
gem
Messages
35,552
Joined
Jul 12, 2006
Messages
35,552
Reaction score
1,107
Points
191
Fadhilat surah Yasin

Hadrat Ata Ibn-e Abi Ribah berkata bahawa Rasul-ullah SAW di beritakan telah bersabda,"Sesiapa yng membaca surah Yasin dipermulaan hari, segala hajatnya bagi hari itu akan dipenuhi".

Banyak kelebihan-kelebihan daripada surah Yasin yang disebutkan didalam banyak hadith-hadith. Adalah dikatakan didalam sebuah hadith, "Segala sesuatu mempunyai hati, dan hati bagi Al-Quran ialah surah Yasin. Barangsiapa membaca surah Yasin Allah s.w.t. akan menulis pahala baginya seumpama ia membaca seluruh Al-Quran sebanyak sepuluh kali."

Menurut sebuah hadith yang lain, Allah s.w.t membacakan surah Yasin dan Taha seribu tahun lamanya sebelum terciptanya langit dan bumi dan mendengarkan ini, para malaikat pun berkata,"Umat dimana Al-Quran diturunkan akan dirahmati, hati-hati yang memikulnya , yakni yang mrnghafalnya akan dirahmati dan lidah-lidah yang membacanya akan juga dirahmati.

Ada satu lagi riwayat yang seumpama ini, "Sesiapa yang membaca surah Yasinsemata mata kerana Allah, segala dosa-dosanya yang dahulu akan diampunkan. Oleh itu jadikanlah sebagai amalan untuk dibaca keatas orang yang mati."

Mengikut sebuah hadith, surah Yasin dinamakan Mub'mah (pemberi berita baik) didalam Torah kerana ia mengandungi manafa'at kepada pembacanya, didalam kehidupan dunia dan jugga akhirat, ia menghindarkan penderitaan didunia dan juga akhirat dan menjauhkan kedahsyatan dikehidupan akhirat. Surah ini juga dikenali sebagai Rafi'ah Khafidah, iaitu yang mengangkat derjat orang-orang yang beriman dan menurunkan derjat orang-orang yang engkar ( tidak beriman). Menurut satu riwayat Rasul-Ullah s.a.w. bersabda, "Hatiku menghendakisupaya surah Yasin berada disetiap hati Ummatku," Mengikut sebuah hadith yang lain, jika sesaorang itu membaca surah Yasin pada setiap malam dan kemudiannay meninggal dunia, ia akan mati sebagai mati syahid. Diriwayatkan pada hadith yang lain, " Barang siapa membaca surah Yasin, ia akan diampunkan, siapa sahaja yang membaca semasa kelaparan, akan dihilangkan kelaparannya itu, barang siapa membacanya dikala sesat jalan, akan menjumpai jalannya semula, barang siapa membaca kehilangan binatang akan mendapatkannya semula, dan bila sesaorang itu membacanya kerana bimbangkan kekurangan makanan, makanan itu akan mencukupi. Dan jika membaca kepada orang yang menghadapi penderitaan maut, akan dimudahkan baginya. Dan jika sesaorang itu membaca keatas perempuan yang sukar untuk melahirkan anak akan dimudahkan juga baginya."

Maqri rahmat-Ullah 'alaih berkata, "Jikalau surah Yasin dibaca oleh seorang yang takut pemerintah atau musuh, ia akan dihilangkan akan ketakutan itu. "Menurut sebuah hadith yang lain jikalau sesaorang itu membaca surah Yasin dan surah Was-Saffat pada hari Jumaat dan memohon kepada Allah sesuatu, doanya akan diterima. ( Kebanyakan daripada yang diatas dipetik daripada Mazahir-e-haq walaupun setengah2 ulamak hadith telah mempersoalkan setengah daripada riwayatnya.)

Samuga kita dapat amal dan sampaikan......Insya'Allah.
 
lagi bgs kalau blh hafal & fahm mksdnya :)
 
saya suka fakta yg dibawakan o TT. Boleh bagi rujukannya tak supaya saya boleh jawab dgn baik tentang isu yaasin ketika ni.
 
kadang2 bace yasin utk tenangkan fikiran.....
 
amalan membaca surah yasin pada malam jumaat

Sekiranya kita meneliti hadis-hadis dan juga sunnah Rasulullah, amalan yang hanya menumpukan membaca Surah Ya Sin pada malam Jumaat semata-mata tiada pada zaman Nabi Muhammad SAW dan para sahabat. Walau bagaimanapun kita tidak boleh mengatakan salah membaca Ya Sin pada malam Jumaat, sebab pada malam Jumaat itu elok membaca Al-Quran. Cuma yang tidak baik dari segi hukum apabila masyarakat mewajibkan Ya Sin itu pada malam Jumaat, sehingga tidak langsung membaca surah-surah lain. Jadi untuk kita kembali kepada ajaran yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW, tidak perlulah menetapkan secara khusus bahawa Ya Sin adalah pengkhususan untuk dibaca pada malam Jumaat.

Maksud bida’ah (Imam Syatibi , kitab Al-I’tisam).

* Dari segi bahasa : Sesuatu yang baru yang tidak ada contohnya dari masa yang lepas.
* Dari segi syarak :

1. Rekaan baru dalam agama yang menyerupai syarak.
2. Bertujuan menghampirkan diri pada Allah.
3. Tidak mempunyai dalil yang sahih atau contoh yang sahih berkenaan perbuatan tersebut.

Al-Quran boleh dibaca pada apa-apa malam dan apa-apa ketika sekalipun. Namun keadaan berbeza apabila seseorang berik’tiqad bahawasanya Ya Sin mestilah dibaca pada malam Jumaat atau mempercayai hanya membaca Ya Sin pada malam Jumaat mempunyai khasiat atau kelebihan tertentu. Adalah ditegaskan bahawa tidak ada satu pun hadis Nabi yang mengkhususkan bacaan Ya Sin pada malam Jumaat.

Daripada Umar berkata: Nabi saw telah bersabda : “Sesiapa yang membaca surah Al-Kahf pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Untuknya cahaya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat”.

Berdasarkan hadis di atas, sesiapa yang membaca surah Al-Kahf pada hari Jumaat, maka dijanjikan pahala seperti yang disebutkan. Namun untuk surah Ya Sin tidak ada pengkhususan sedemikian . Oleh itu sesiapa yang ingin membaca Ya Sin pada malam Jumaat atau pun selain daripadanya, hendaklah dia tidak mengiringnya dengan sebarang iktiqad dan tidak boleh mempercayai bahawasanya Ya Sin mesti dibaca pada malam Jumaat.

Meletakkan kifiyat ataupun fadhilat sedangkan ia tidak ada dalam hadis Nabi mahupun sebarang dalil adalah suatu dakwaan terhadap agama, iaitu mendakwa seolah-olah Allah SWT menjamin satu pahala, sedangkan Rasulullah SAW dan Allah SWT sendiri tidak pernah menyatakannya. Sesungguhnya dalam masalah agama atau membuat tambahan dan rekaan sesuatu yang tidak pernah ada atau tidak pernah dinyatakan oleh Rasulullah SAW adalah bida’ah.

Seperti yang disebut oleh Imam Syatibi dalam kitabnya al-I’tisaam, seorang lelaki datang kepada Imam Malik bin Anas dan dia berkata :

Lelaki : Wahai Abu Abdillah, di manakah aku patut memulakan ihram untuk haji dan umrah?

Imam Malik : Engkau mula di Zu Hulaifah, tempat Rasullullah SAW memulakannya.

Lelaki : Aku ingin berihram dari masjid (iaitu masjid Nabi).

Imam malik : Jangan.

Lelaki : Aku ingin berihram bemula daripada kubur Nabi SAW.

Imam Malik : Jangan, aku bimbang ditimpa kepadamu fitnah.

Lelaki : Wahai imam, apa fitnah? Ia adalah penambahan kepada jarak sahaja. Yang aku tambah. Yakni dengan aku menambahkan pahala. Walaubagaimanapun aku tetap berihram dan akan melalui Zu Hulaifah, tempat masjid Nabi ataupun kubur Nabi sesuatu yang baik apa salahnya.

Imam Malik : Apakah lagi fitnah yang lebih besar apabila engkau menganggap dirimu mendahului satu kelebihan yang mana Rasulullah telah menguranginya.

Maksudnya :
“Apabila engkau merasakan engkau menambah suatu perkara dalam agama yang engkau mendapat pahala sedangkan Nabi tidak pernah melakukannya. Seolah-olah engkau menyaingi dan mendahului Baginda SAW, sedangkan aku mendengar Allah SWT berfirman, maksudnya : “Maka jaga-jagalah orang-orang yang menyanggahi arahan Rasul, jangan sampai ditimpa kepada mereka fitnah, dan ditimpakan mereka azab yang pedih”.

Menentukan hari tertentu dengan bacaan tertentu, cara tertentu memerlukan dalil daripada Al-Quran atau Sunnah Nabi SAW. Meletakkan khasiat, kelebihan atau fadhilat dengan bacaan tertentu ataupun meletakkan jaminan pahala apa yang tidak pernah dijamin oleh Allah SWT dan Rasul-Nya ialah dakwaan agama, terhadap Allah dan Rasul, janji yang dibuat kepada seseorang sedangkan janji ini tidak ada sesiapa yang berhak melakukannya melainkan manusia yang diturunkan wahyu kepadanya, iaitu Rasullullah SAW.

Merujuk kembali kepada persoalan tentang amalan membaca Surah Ya Sin pada malam Jumaat, sesungguhnya ia tidak dikhususkan pada malam Jumaat , bahkan tidak patut seseorang beriktiqad mesti pada malam Jumaat hendaklah membaca Ya Sin.

Sekiranya ia sudah menjadi suatu iktiqad, inilah ancaman ataupun bahaya apabila kita mengaitkan sesuatu sedangkan ia tidak mempunyai dalil. Dan siapalah yang akan bertanggungjawab di akhirat esok atas dakwaan-dakwaan yang dikemukakan ini. Jadi berhati-hati dalam mendakwa sesuatu untuk disandarkan kepada agama. Maka sesiapa yang ingin membaca Ya Sin dia boleh meneruskannya, kerana ia surah daripada Al-Quran tetapi hendaklah dia tidak mengkhususkannya pada malam-malam tertentu sahaja.

Wallahualam..
 
Back
Top
Log in Register