mohdshukortalib
Active Member
- Messages
- 1,852
- Joined
- Nov 15, 2011
- Messages
- 1,852
- Reaction score
- 222
- Points
- 33
Max Cornelisse, pemuda Netherlands yang berusia 31 tahun. Agak terkenal di Internet dalam aktiviti hacking. Pada mulanya, aku bersetuju yang pencipta video Youtube Max Cornelisse adalah seorang hacker yang terbaik kerana berjaya mendapat akses yang tidak munasabah kepada komputer dan sistem elektronik di dalam video yang dibuatnya.
Video yang dibuat Max menunjukkan kononya dia telah berjaya menggodam sistem tele-pembisik berita di salah sebuah stesen televisyen terkemuka dan menukar teks berita yang sedang dibaca oleh penyampai secara langsung di televisyen melalui komputernya. Selain itu, terdapat juga video yang menunjukkan Max sedang menggodam sistem laluan trafik di Belanda, menggodam paparan maklumat di stesen keretapi dengan hanya menggunakan handphone, mengawal jambatan dengan hanya menggunakan PDA, juga 'bermain' di Microsoft.
Kebanyakkan video Max terlalu tidak munasabah kerana berjaya mengakses sistem dan melangkaui firewall sesuatu yang sukar ditembusi. Banyak yang kagum dan banyak jugak yang tak percaya. Terdapat banyak pendapat, ada yang mengatakan bahawa video yang dicipta Max hanyalah satu video iklan komersial syarikat di Belanda, ada yang mengatakan yang Max sebenarnya adalah seorang pelakon dan bukannya hacker, ada juga yang mengatakan video yang dicipta Max menggunakan teknik CGI dan kebanyakkannya telah diubah suai.
Berikut ialah di antara video yang dicipta Max:
Max menggodam papan trafik lebuhraya.
Max menggodam tele-pembisik berita.
Max menggodam skrin stesen keretapi dengan Nokia N95.
Max prank kawan pejabat.
Max menghantar mesej ke gadis yang tidak dikenali di bar.
Max 'bermain' di Microsoft.
Max mengawal jambatan dengan PDA.
Max mengawal laluan keretapi di Belanda.
Max mengawal lampu sebuah bangunan.