Md Hanif
Legendary Member

- Messages
- 13,760
- Joined
- Jun 13, 2023
- Messages
- 13,760
- Reaction score
- 289
- Points
- 146
Sunway Property merekodkan tempahan bernilai RM1.1 bilion bagi 14 hartanahnya di seluruh negara menerusi kempen Signature Series 2024.
Dalam kenyataan pada Isnin, cabang hartanah Sunway Bhd itu menjelaskan pencapaiai tersebut menandakan pertumbuhan tahun ketiga berturut-turut, melebihi RM1 bilion yang dicatatkan tahun lepas dan RM800 juta pada 2022.
Kempen itu mengetengahkan tawaran istimewa dan pelancaran dua Signature Homes.
Sunway Velocity 3 di Lembah Klang mencapai 60 peratus daripada jualan unitnya semasa pembukaan yang diadakan hujung minggu pada Mei, manakala Sunway Aviana di Johor mencapai 100 peratus pembelian yang luar biasa dalam dua bulan pertama selepas pelancarannya.
Selain Sunway Velocity 3, Signature Homes terbaharu oleh pemaju -- Sunway Alishan, Sunway Artessa, Sunway Belfield, Sunway d’Hill, Sunway Flora, Jernih Residence dan Sunway Serene -- juga termasuk dalam kempen itu.
Sunway Property memaklumkan susulan kejayaan itu pihaknya akan melancarkan kediaman bertanah pegangan bebas pertama di Sunway City Iskandar Puteri, Johor tidak lama lagi.
SUNWAY PROPERTY CATAT TEMPAHAN SELURUH NEGARA RM1.1 BILION
Sunway Property, tempahan, pertumbuhan, Signature