BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pembaharuan Program MM2H Pacu Ekonomi Dengan Pelaburan Tahunan Hampir RM1 Bilion - IQI

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146
302509ec020a638dc38bf62dea1fedf367cfdb8eaf6fa

Pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan IQI, Kashif Ansari

Program visa Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) kini menjana pelaburan hampir RM1 bilion setiap tahun sekali gus mempamerkan kejayaannya.

Pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan IQI, Kashif Ansari berkata data rasmi terkini menunjukkan pindaan pada program visa MM2H pada Jun 2024 berjaya menjana sebanyak RM455.8 juta dalam pelaburan baharu dan 782 kelulusan visa baharu.

"Pada kadar semasa, jumlah itu akan mencecah hampir RM1 bilion setahun," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kashif berkata pelaburan sebanyak RM455.8 juta yang dibawa oleh pemegang visa ini ke Malaysia sejak enam bulan lepas dan digunakan dalam dua cara.

"Pertama, wang tersebut beredar melalui ekonomi melalui deposit tetap di institusi kewangan tempatan, membiayai pinjaman dan pembangunan.

"MM2H juga menyalurkan pelaburan baharu menerusi pembelian hartanah, kebiasaannya untuk kediaman mewah bagi penerima visa dan keluarga mereka," katanya.

Menurut Kashif pelaburan berkenaan menyokong pembinaan rumah baharu selain memacu pembelian bernilai jutaan dolar apabila pembeli menghias dan melengkapkan rumah baharu mereka.

Beliau menjelaskan setiap pemohon utama membawa purata 1.5 ahli keluarga tanggungan dan dalam tempoh enam bulan, 319 pemohon utama dan 463 tanggungan mereka menerima visa MM2H.

Rakyat China merupakan kumpulan negara yang paling ramai tetapi pada 2024, mereka hanya menyumbang kurang satu pertiga daripada visa manakala kumpulan pemohon kedua terbesar untuk MM2H datangnya dari Australia.

"Negara utama lain yang menjadi pemohon MM2H selepas China dan Australia merupakan Korea Selatan, Jepun, Bangladesh dan United Kingdom," katanya.

Tahun lepas, pembaharuan besar kerajaan terhadap MM2H iaitu memperkenalkan sistem tiga peringkat yang membenarkan pemegang visa memperoleh tempoh kediaman lebih lama melalui komitmen kewangan yang lebih besar.

Kerajaan juga mensyaratkan agar pemegang MM2H membeli dan memiliki rumah selama 10 tahun.

Selain itu, kerajaan turut menurunkan syarat umur selain menghapuskan had pendapatan minimum untuk menarik peserta yang lebih muda dan masih dalam usia bekerja.

 
skim ni sepatutnya dimansuh dah...jgn bagi peluang pada pemaju buat rumah harga melampau
 
Back
Top
Log in Register