BTC USD 60,783.6 Gold USD 4,369.75
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sungai Golok semakin cetek

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Penduduk beriadah bersama keluarga di sekitar Sungai Golok yang semakin cetek disebabkan kemarau panjang
< 1 / 1 >
RANTAU PANJANG - Kemarau berpanjangan menyebabkan Sungai Golok di beberapa pangkalan haram Rantau Panjang, mulai cetek ke paras 0.5 meter.

Keadaan air yang hanya paras lutut, menyebabkan penduduk boleh mengharung sungai untuk menyeberang ke Golok tanpa perlu menggunakan perahu.

Bagi penduduk mahu dikenali sebagai Wan, 32, penurunan paras air Sungai Golok ketika musim kemarau adalah perkara biasa, namun kemarau tahun ini adalah yang terburuk dan menyamai kemarau pada 2010.

Bagaimanapun, kata Wan, penduduk tidak mandi di kawasan pasir jerlus bagi mengelakkan kejadian lemas berulang.

“Walaupun air cetek, penduduk tidak mengharungi sungai ke Golok, sebaliknya lebih kepada menyertai aktiviti riadah bersama keluarga pada waktu petang.

“Lebih kurang jam 5 petang, kawasan ini akan dipenuhi penduduk yang mahu mandi sungai. Ada juga mengambil kesempatan mencari etak yang mudah didapati di gigi sungai dan kawasan dalam,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim berkata, pasukan keselamatan seperti polis, Angkatan Tentera Malaysia, Rela dan lain-lain sentiasa memastikan sempadan negara di sepanjang Sungai Golok, tidak dibolosi.

“Pasukan keselamatan sering menjalankan rondaan bagi mengekang kes penyeludupan petrol, dadah, senjata api dan jenayah lain.

“Justeru, penduduk dinasihatkan agar bekerjasama dan tidak bersekongkol dengan penjenayah terutama ketika paras sungai cetek,” katanya.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/kelantan/sungai-golok-semakin-cetek-1.374894
 
daripada forum dia datang. kepada forum dia kembali.
wartawan sekarang pun layan forum nak dapatkan isu semasa.
 
Back
Top
Log in Register