BTC USD 83,375.1 Gold USD 4,168.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sumbat lembu dalam kereta

curik lembbu pakai kete..stylo...da tedesak sngt tuh...mujur x angkot pakai moto..lg gile
 
KULIM: “Sukar untuk dibayangkan bagaimana mereka boleh memasukkan seekor lembu ke dalam tempat duduk belakang kereta Proton Wira.”

Demikian persoalan yang berlegar dalam fikiran sebahagian penduduk Kampung Pondok Labu, Mukim Keladi, di sini, mengenai cubaan pencuri lembu yang melarikan seekor lembu milik penduduk kampung terbabit dengan memasukkannya ke ruang tempat duduk belakang sebuah kereta, malam kelmarin.

Bagaimanapun, tindakan itu gagal apabila kereta yang dinaikinya terbabas selepas berjaya dipintas sekumpulan penduduk kampung yang mengejarnya.

Sumber polis berkata, dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, sekumpulan penduduk kampung yang menyedari kejadian itu bertindak mengejar kereta terbabit sebelum ia terbabas dan melanggar pokok kelapa sawit.

Sebaik ditahan, penduduk terkejut apabila mendapati seekor lembu diletakkan di bahagian tempat duduk belakang kereta itu dengan kepalanya terjulur keluar melalui tingkap.

Bahagian tempat duduk belakang itu turut ditanggalkan bagi memuatkan lembu terbabit.

Difahamkan, lembu terbabit mahu dibawa ke satu lokasi rahsia untuk disembelih oleh pencuri terbabit.

Bagaimanapun, suspek yang memandu berseorangan ketika itu dapat melarikan diri meskipun dikejar beberapa penduduk.

“Kita percaya kegiatan itu dilakukan lebih daripada seorang. Sebahagiannya mungkin menaiki kenderaan lain dan turut berjaya melarikan diri,” katanya.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kulim, Deputi Superintendan Ghuzlan Saleh, mengesahkan kejadian itu dan akan menyiasat.

View attachment 21266

Macam nih punya pencuri pun ada ker?????:)) :))

Sumber:http://www.hmetro.com.my/Thursday/BeritaUtama/20080124092547/Article
:)paid
ekekke
:eek:
ni 1 malaysia pnya penangan la ni..
:))
 
haha.. pencuri ni nak dating ngan lembu 2 bawak naik keta... :eek::eek:
 
aku baru tgk thread nih...

lawak giler..terjulur kepala lembu tu.

cube korang bayangkan, tgh bawak kete kat jalan, tetiba nampak lembu dalam kete. memang gelak abes aku..
 
hehehe.... kat kg aku dulu pun dah ada orang curi guna keta. buka sekor tapi 3 ekor. 1 dlam bonet belakang, 1 lg kat tempat duduk belakang. kusyen diorang dah buka..
 
Back
Top
Log in Register