BTC USD 82,965.3 Gold USD 4,171.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sumbat lembu dalam kereta

pencuri tahap low class nih.. org lain rompak bank.. Dia rompak lembu!
 
KULIM: “Sukar untuk dibayangkan bagaimana mereka boleh memasukkan seekor lembu ke dalam tempat duduk belakang kereta Proton Wira.”

Demikian persoalan yang berlegar dalam fikiran sebahagian penduduk Kampung Pondok Labu, Mukim Keladi, di sini, mengenai cubaan pencuri lembu yang melarikan seekor lembu milik penduduk kampung terbabit dengan memasukkannya ke ruang tempat duduk belakang sebuah kereta, malam kelmarin.

Bagaimanapun, tindakan itu gagal apabila kereta yang dinaikinya terbabas selepas berjaya dipintas sekumpulan penduduk kampung yang mengejarnya.

Sumber polis berkata, dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, sekumpulan penduduk kampung yang menyedari kejadian itu bertindak mengejar kereta terbabit sebelum ia terbabas dan melanggar pokok kelapa sawit.

Sebaik ditahan, penduduk terkejut apabila mendapati seekor lembu diletakkan di bahagian tempat duduk belakang kereta itu dengan kepalanya terjulur keluar melalui tingkap.

Bahagian tempat duduk belakang itu turut ditanggalkan bagi memuatkan lembu terbabit.

Difahamkan, lembu terbabit mahu dibawa ke satu lokasi rahsia untuk disembelih oleh pencuri terbabit.

Bagaimanapun, suspek yang memandu berseorangan ketika itu dapat melarikan diri meskipun dikejar beberapa penduduk.

“Kita percaya kegiatan itu dilakukan lebih daripada seorang. Sebahagiannya mungkin menaiki kenderaan lain dan turut berjaya melarikan diri,” katanya.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kulim, Deputi Superintendan Ghuzlan Saleh, mengesahkan kejadian itu dan akan menyiasat.

View attachment 21266

Macam nih punya pencuri pun ada ker?????:)) :))

Sumber:http://www.hmetro.com.my/Thursday/BeritaUtama/20080124092547/Article

gila apa pencuri nih...mesti kena balun dulu tuh sebelum bawak gi polis
 
lembu tu yg nak merasa naik WIRA...

sejak SAGA baru kluar... proton stop production keta wira...
so.. sebelum wira pupus... lembu tu nak gak merasa naik keta wira kebanggan rakyat malaysia tu...:)) :)) :D
 
lembu tu yg nak merasa naik WIRA...

sejak SAGA baru kluar... proton stop production keta wira...
so.. sebelum wira pupus... lembu tu nak gak merasa naik keta wira kebanggan rakyat malaysia tu...:)) :)) :D

kekekke....nasib baik lembu tak naik estima...:D
 
Alahai.. sian lembu tuh. Tp lembu tuh best aar berkesempatan naik keta.. Musti lembu lain jeles..:)) :))
 
ini y bole dikatakan kalu lembu pegi jhr dr melaka hanya bape jam jer.huhuhu..mmg kes tumpang kete org nie..huhuhu:)):)):))
 
drebar wira tu dah mmg cam lembu, tu yg dia pi sumbat kawan lembu dia dlm wira tuh..
 
ape ke bodohnyer dieorg nie...
curilah tv ker hi5 ker...
nie lembu yg dieorg curi...:(scam
 
metro kat bahagian katon tu kahkahkah, curik lembu pakai moto cam siot jek
 
Back
Top
Log in Register