BTC USD 75,904.4 Gold USD 4,338.25
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sultan Selangor, Tengku Permaisuri Zahir Dukacita Pemergian Mendiang Kandan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,137
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,137
Reaction score
346
Points
141

Sultan Selangor, Tengku Permaisuri Zahir Dukacita Pemergian Mendiang Kandan​

a94214bf75091c64e4e8bd5dd5fbde816aaa4692210b3

Kredit: Fb Selangor Royal Office

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin menzahirkan rasa dukacita atas pemergian bekas Exco Selangor dan peguam veteran mendiang Datuk V. L. Kandan yang meninggal dunia semalam.

Baginda mengenang mendiang berusia 89 tahun sebagai seorang peguam veteran yang disegani serta tokoh berpengalaman yang pernah menabur bakti kepada Selangor sebagai Ahli Dewan Negeri Sungai Way selama dua penggal dari 1974 hingga 1982.

“Mendiang telah melaksanakan tanggungjawab tersebut dengan penuh amanah serta berpegang teguh pada prinsip keadilan dan keluhuran undang-undang,” menurut hantaran Selangor Royal Office menerusi Facebook, hari ini.

Mendiang Kandan yang juga adik kepada bekas Presiden MIC keenam, mendiang Tan Sri V. Manickavasagam, pernah diberi kepercayaan untuk menganggotai Lembaga Pengampunan Negeri Selangor.

Sepanjang hayatnya, mendiang turut aktif dalam arena politik menerusi MIC serta memberikan sumbangan bermakna kepada bidang perundangan dan masyarakat.

Baginda menyifatkan pemergian mendiang sebagai suatu kehilangan kepada Selangor, khususnya dalam bidang perundangan dan perkhidmatan awam.

“Baginda merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga mendiang dan berharap mereka diberi kekuatan dalam menghadapi saat yang penuh dukacita ini,” menurut hantaran itu.

Terdahulu, Naib Presiden MIC Datuk T. Murugiah ketika dihubungi Bernama mengesahkan pemergian mendiang Kandan.

Sepanjang kerjayanya, mendiang yang dilahirkan pada 8 Ogos 1937 banyak menyumbang dalam bidang politik, pentadbiran awam, kemasyarakatan dan perundangan.

 
Back
Top
Log in Register