BTC USD 76,493.1 Gold USD 4,346.08
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sultan Selangor Berbuka Puasa Bersama Warga UPM

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,197
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,197
Reaction score
346
Points
141
3581f764c433ab5a659fee5dc90103d1699efca3b3e4a

80f2de416f5ceb9e3d298fe45e344025699efcfe5257f

06d3c24a01494b98f8e754d54967723e699efcce4570b

ec00fab89ae483c792130440df0366e1699efc5c4f152

Sultan Selangor yang juga Tuanku Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM) Sultan Sharafuddin Idris Shah (dua, kanan) berkenan berangkat ke Majlis Berbuka Puasa dan Solat Tarawih di Universiti Putra Malaysia.

Turut kelihatan Naib Canselor Universiti Putra Malaysia Prof Datuk Dr Ahmad Farhan Mohd Sadullah (kanan).

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan menghadiri majlis berbuka puasa dan solat tarawih bersama kira-kira 1,000 warga Universiti Putra Malaysia (UPM) dan komuniti sekitar di Masjid UPM di sini.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi Datuk Dr Anesee Ibrahim, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Datuk Seri Jailani Johari, dan Naib Canselor UPM Datuk Prof Dr Ahmad Farhan Mohd Sadullah.

Pada majlis itu, baginda berkenan mengurniakan sumbangan Aidilfitri kepada anak yatim, mualaf, Orang Kurang Upaya (OKU) dan asnaf terdiri daripada 50 pelajar UPM.

Sultan Sharafuddin selaku Canselor UPM turut menyempurnakan penerimaan pelbagai sumbangan dana, wakaf dan zakat daripada pelbagai pihak kepada UPM.

Baginda berkenan menerima Dana Zakat UPM berjumlah RM10.29 juta yang diuruskan oleh Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Infak (WAZAN), UPM serta pelbagai sumbangan zakat dan wakaf daripada entiti korporat, agensi dan individu.

Antara sumbangan signifikan yang diterima termasuklah RM450,000 daripada Lembaga Tabung Haji serta RM200,000 daripada Etiqa General Takaful Bhd, di samping zakat perniagaan dan zakat pendapatan daripada syarikat berkaitan universiti termasuk Putra Business School.

Baginda turut menerima sumbangan Wakaf Ilmu UPM berjumlah RM1.21 juta, yang akan menyokong inisiatif akademik, bantuan kewangan pelajar, penyelidikan dan pembangunan fasiliti universiti.

Sultan Selangor kemudiannya menunaikan solat maghrib, isyak dan seterusnya solat tarawih bersama-sama rakyat jelata.

Sementara itu, Pengarah WAZAN UPM Haris Dahlan dalam kenyataan hari ini berkata pihaknya telah mengagihkan dana zakat berjumlah RM4.9 juta sepanjang tahun lepas.

 
Back
Top
Log in Register