BTC USD 76,639.3 Gold USD 4,369.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sultan Perak Perkenan Belia Baca Khutbah Jumaat Esok

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,197
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,197
Reaction score
346
Points
141
98695a4e7b7b83d1c7ef6a92248c682f681c8ec3be957

Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) Tan Sri Mohd Annuar Zaini pada sidang media di bangunan MAIPk hari ini.

--fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA


Sultan Perak Sultan Nazrin Shah memperkenankan golongan belia diberi penghormatan membaca khutbah Jumaat di masjid seluruh negeri esok bersempena sambutan Hari Belia Negara pada 15 Mei ini.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) Tan Sri Mohd Annuar Zaini berkata Sultan Nazrin juga menitahkan khutbah Jumaat di Perak esok bertemakan 'Belia Berkeyakinan: Memenuhi Wawasan Dunia Akhirat'.

“Jabatan Belia dan Sukan Negeri (JBSN) Perak telah mengemukakan 81 nama pemimpin belia kepada Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) untuk mendapat sembah perkenan Sultan Perak bagi membaca khutbah di 81 masjid,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Mohd Annuar berkata pentadbir masjid dinasihatkan agar mematuhi titah tersebut dan tindakan sewajarnya boleh diambil sekiranya terdapat pihak yang ingkar.

Beliau juga berkata isu pentadbir masjid menghalang khatib yang telah diperkenankan daripada menyampaikan khutbah tidak seharusnya berlaku kerana belia terlibat mempunyai latar belakang agama termasuk ahli dalam bidang masing-masing.

“Ada dalam kalangan mereka mempunyai latar belakang kelulusan agama, seorang hafiz atau lulusan universiti pengajian Islam serta berupaya menyampaikan khutbah khusus berkaitan bidang masing-masing. Ini merupakan penghormatan kepada mereka.

“Seharusnya mereka (pentadbir masjid) gembira kerana ramai dalam kalangan masyarakat Islam berupaya menyampaikan khutbah khususnya golongan anak muda,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register