Terdapat sedikit kesilapan yang TokCu dah edit:
Sebenarnya Sultan Abdul Jalil Shah I bin Sultan Muzaffar Shah I bin
Sultan Alauddin Riayat Shah II bin Sultan Mahmud Shah I.
TokCu pun boleh cerita ringkas tapi susah juga kisah raja purba neh. Maklumlah ahli sejarah sendiri pun tak boleh bagi keputusan yang pasti kerana terlalu banyak sejarah kita yang rosakkan.
Kerajaan Sriwijaya bermula dari Kelantan (pendapat kurang popular). Ianya bermula dari zaman Empayar Langkasuka lagi. Apabila Kerajaan Sriwijaya kemudian berpindah ke Segenting Kra dan kemudian ke Chaiya (Cahaya)dan ada setengah pendapat menyatakan Grahi. [Setengah pandangan lain menyatakan Sriwijaya dari Palembang kemudian ke Langkasuka]. Dari Grahi Kerajaan Sriwijaya berundur ke Palembang, barulah datang semula ke Langkasuka (Kedah dan Patani).
Memang benar Keturunan Raja Melayu purba berketurunan Raja Suran (betul ke nama Raja Suran?), kecuali Raja-Raja Bugis yang persaudaraannya jauh sedikit.
Jika rajin baca sejarah hubungan antara kerajaan Melayu purba, kita akan dapati mereka ini bersaudara melalui hubungan perkahwinan. Umpamanya Champa-Jawa, Champa-Majapahit, Champa-Kelantan, Kelantan-Melaka, Kelantan-Majapahit, Kelantan-Terengganu, Melaka-Majapahit, Kelantan-Terengganu, Kelantan-Pahang, Pahang-Terengganu, Johor-Brunei, Patani-Johor... ishhh banyaknya nak tulis...
Nama-nama yang diberikan orang putih ialah Paramesawa (Raja Sangsapurba) dan Sang Maniaka/ Sakranta, mereka itu adik beradik, dan cucu kepada Raja Suran. Dari Sangsapurba turunnya Sultan Melaka dan Sakranta pula Raja Kelantan. Yang di Kelantan tu mewarisi Empayar Langkasuka...
Jadi raja purba ni bersaudara... dari Sriwijaya la tiak kira Melaka, Kelantan, Terengganu....
Sultan Mahmud Syah (Kelantan 1467 - 1522) kahwin dengan puteri Raja Terengganu maka lahirlah Sultan Muhammad (Raja Terengganu). Melalui perkahwinan tahta pemerintahan Terengganu bertukar kepada Dinasti Kelantan. Sultan Muhammad Terengganu lahirlah pula Sultan Ahmad (Raja Terengganu). Sultan Ahmad Terengganu Kahwin dengan Raja Kemala Dewi binti Sultan Mahmud Shah I (Sultan Melaka terakhir) lalu dapatlah Raja Umar/Sultan Abdul Jalil Jalal Shah II (Sultan Johor). Ibu Raja Umar (isteri Sultan Mahmud Shah I), iaitu Raja Kemala Dewi juga adalah anak kepada Puteri Onang Kening bin Sultan Iskandar Syah, (Sultan Kelantan 1259 - 1467)....
perhatikan perkahwinan raja-raja ni bersilang-silang untuk merapatkan persaudaraan...
Oho... Raja Terengganu sebelum abad ke-16, adalah berasal dari Palembang (Sriwijaya)...
susah nak explain ringkas raja puba ni..