BTC USD 84,071.1 Gold USD 4,157.58
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sultan Johor Mangkat

Status
Not open for further replies.
Al-Fatihah.. sang raja telah dipanggil oleh Raja kepada segala Raja (Allah SWT)..
 
Almarhum Sultan Iskandar dimakamkan hari ini

ne_01.1.jpg

JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, 78, mangkat malam tadi selepas dimasukkan ke Hospital Pakar Puteri di sini pada pukul 5 petang kelmarin kerana gering.

Baginda yang memerintah Johor selama hampir tiga puluh tahun mangkat pada pukul 7.15 malam.

ne_01.2.jpg

ALMARHUM Sultan Iskandar (dua dari kiri) bersama Raja-raja Melayu (dari kiri), Tuanku Mizan Zainal Abidin, Almarhum Tuanku Ja'afar dan Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah menghadiri majlis sambutan Jubli Emas Pemerintahan Sultan Kedah di Alor Setar pada 22 Julai 2008.

ne_01.3.jpg

ABDUL GHANI ketika mengumkan kemangkatan Sultan Iskandar di Johor Bahru malam tadi.​

Jenazah Sultan Iskandar dibawa ke Istana Besar di sini menaiki ambulans hospital pada pukul 11.20 malam.

Istiadat pemakaman akan diadakan di Makam Diraja Mahmoodiah di sini pada pukul 2 petang ini.

Sejam sebelum itu, majlis pertabalan sultan baru akan diadakan di Istana Besar sebelum jenazah baginda dimakamkan.

ne_01.4.jpg
 
Takziah dan Al-Fatihah untuk Sultan negeri ku..
 
kedai leh buka cam biasa kan ... serba salah aku dibuatnya
 
apa etika pakaian berkabung ek .. :-?
 
al fatihah...
 
Status
Not open for further replies.
Back
Top
Log in Register