BTC USD 83,526.0 Gold USD 4,156.00
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sultan Johor Mangkat

Status
Not open for further replies.
ada link berita lanjut x?
 
aku ponn org johor gak... aku turut sama bersedih......:(
nilah sultan yg menjadi kebangaan aku...sangat berani.....

yelah bro..
almarhum nie tetap pendirian..
apa yang dicakap itulah yang dibuat..
takde sape yang boleh bantah.
xkesah apa orang lain cakap..
 
sultan yg belasah org pakai kayu golf ni nak dibanggakan? sultan tu cuma pangkat di dunia saja..da mati apa dia bole buat nak selamat dari seksa? pakai kayu golf?
-ke aku da silap org nih..? haha
 
Innalillahi wa inna ilaihi raji'uun
mari kita sedekahkan al-Fatihah buat arwah

semoga segala amal kebaikanna semasa hayat diterima ALLAH

arwah byk berusaha untuk menerapkan amal Islami dalam masyarakat Johor especially dalam meng imarahkan alQuran

mungkin baginda pernah berbuat silap, namun adab di dalam Islam, setelah mati seseorang hamba ALLAH,maka lebih afdhal kita menyebut tentang kebaikannya, dan menutup keaibannya. InsyaALLAH satu hari nanti bila tiba masa kita, ALLAH akan tutupkan keaiban kita juga
amin

AL-Fatihah
 
al-fatihah

hari ini cuti boleh balik kampung heeeeee

:):D
 
Takziah orang Johor..sama2 kita doakan agar roh beliau di rahmatiNYA..kepadaNYA kita datang kepadaNYA juga kita kembali
 
Sultan Johor mangkat



JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, 77, yang memerintah Johor hampir tiga dekad, mangkat pada jam 7.15 malam tadi selepas dimasukkan ke Hospital Pakar Puteri di sini kerana gering.

Kemangkatan baginda diumumkan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman di Pejabat Kerajaan Negeri, Bukit Timbalan, kira-kira jam 11.30 malam tadi.

Baginda yang meninggalkan Sultanah Zanariah serta 10 putera dan puteri, akan dimakamkan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, kira-kira jam 2 petang ini.

Sultan Iskandar, yang diputerakan di Istana Semayam, Johor Bahru pada jam 11.30 pagi Jumaat, 8 April 1932, dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 11 Mei 1981. Tiga tahun kemudian pada 15 November 1984, baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong kelapan.

Terdahulu, di Istana Besar di sini, Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Tunku Osman Tunku Temenggong Ahmad, mengumumkan pelantikan Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail sebagai Pemangku Raja.

Pelantikan itu dibuat mengikut Fasal 9(1)(b) dan 9(2) Bahagian Pertama Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor 1895.

Abdul Ghani pada sidang akhbarnya, berkata pemasyhuran Sultan Johor yang baru akan dilaksanakan di Istana Besar Johor pada jam 1 tengah hari di Istana Besar sebelum upacara pemakaman jenazah Almarhum Sultan Iskandar.

Beliau turut mengumumkan hari ini cuti umum untuk seluruh negeri Johor dan semua majlis rasmi termasuk hiburan serta keramaian dibatalkan, manakala tempoh berkabung ialah selama tujuh hari dengan semua bendera negeri dikibarkan separuh tiang bermula jam 6 pagi hingga 6 petang.

Abdul Ghani berkata, baginda dimasukkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan kira-kira jam 5 petang kelmarin dan mangkat pada jam 7.15 malam tadi.

Katanya, manakala Istiadat pemakaman Diraja akan bermula pada jam 9 pagi ini di Dewan Besar Istana Besar di sini, dengan orang ramai boleh menziarahi jenazah sehingga jam 10.30 pagi.

Menteri Besar berkata, mulai 11 pagi hingga 12 tengah hari pula adalah penghormatan terakhir untuk orang kenamaan dan kerabat Diraja.

Beliau berkata, jenazah Almarhum akan dibawa dari Istana Besar pada jam 1.30 tengah hari sebelum disembahyangkan di Makam Diraja, Bukit Mahmoodiah pada 2 petang.

Abdul Ghani yang baru pulang dari mengikuti lawatan Perdana Menteri di India, berkata semua masjid dan surau dikehendaki mengadakan majlis tahlil selama tujuh hari se lepas istiadat pemakaman jenazah.

“Tempoh berkabung bagi kerabat Diraja ialah 40 hari manakala rakyat biasa selama tujuh hari,” katanya.

Peraturan berkabung bagi lelaki Melayu ialah bersongkok lilit putih dua inci manakala bagi bangsa lain ialah kain hitam lebar tiga inci di lengan kiri.

“Bagi upacara pemakaman, lelaki Melayu berbaju Melayu teluk belanga serba hitam dan lilitan kain putih di songkok hitam dan bagi lelaki bukan Melayu, sut hitam bertali leher dan kain hitam tiga inci di lengan kiri,” katanya.
 
Sultan Pahang paling awal tiba



JOHOR BAHRU: Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah dan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah adalah antara tetamu Diraja yang paling awal tiba di Hospital Pakar Puteri di sini, pada jam 10 pagi semalam bagi menziarahi Sultan Johor, Sultan Iskandar.

Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi tiba jam 3.40 petang dan beredar kira-kira sejam kemudian.

Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman tiba di hospital itu jam 7.35 malam melalui penerbangan khas dari Chennai, India.

Antara kenamaan lain yang dilihat menziarahi baginda adalah Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) yang juga Ahli Parlimen Tenggara, Datuk Halimah Sadique dan Ketua Eksekutif Johor Corporation (JCorp), Tan Sri Mohamad Ali Hashim.

Semua kerabat Diraja Johor termasuk Pemangku Raja Johor, Tunku Ibrahim Ismail; Raja Muda Johor, Tunku Ismail Ibrahim; Tunku Bendahara Johor, Tunku Abdul Majid serta semua anakanda dan cucunda Sultan Johor berada di hospital pakar berkenaan.

Suasana sibuk di pintu masuk utama hospital menyebabkan jalan menghala ke hospital itu terpaksa ditutup untuk laluan awam dengan orang ramai termasuk kakitangan media turut menunggu di luar hospital untuk mengetahui perkembangan baginda.
 
jenazah.jpg


Keranda yang membawa jenazah Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail bersalut kain kuning dibawa keluar dari Hospital Pakar Puteri di Johor Bahru malam ini. - Foto oleh Abdul Rahman Embong
 
Status
Not open for further replies.
Back
Top
Log in Register