BTC USD 64,916.1 Gold USD 4,448.98
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sultan Bertamu di Muar

hab81020

Super Active Member
Messages
5,119
Joined
Mar 21, 2010
Messages
5,119
Reaction score
233
Points
83
JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar yang dikenali sebagai Sultan Berjiwa Rakyat bakal mencemar duli bertemu penduduk Muar yang terkenal dengan jolokan Bandar Maharani, dan menjadi lokasi persinggahan pertama dan terakhir dalam Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2011 bermula 18 hingga 21 Jun ini.

Pelbagai acara menarik diatur bagi meraikan kehadiran baginda dan rombongannya yang dijangka tiba menaiki helikopter di Istana Tanjung Muar pada 18 Jun ini bagi menyampaikan titah KMJ tahun ini.

Bagi pelancaran KMJ 2011 di Muar, Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman dijangka menyampaikan ucapan sembah ke bawah duli tuanku selepas bacaan doa dan nyanyian lagu Bangsa Johor.

Baginda dijangka berangkat ke majlis santapan dengan iringan kompang kreatif kumpulan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (Perempuan) Sultan Abu Bakar serta Belia Sungai Abong.

Seterusnya, tuanku bersama 43 bot dan jet ski serta bot nelayan setempat berlepas ke Jeti Kampung Jorak diiringi irama Paluan Gendang Istiadat iaitu alat muzik Jidor dan kompang serta siren Masjid Berkembar Muar.

Pada masa sama konvoi laluan darat iaitu penunggang motosikal berkuasa tinggi dan kenderaan pacuan empat roda akan berlepas di Jalan Petri dan sambutan orang ramai diadakan di Jambatan Sultan Ismail serta jeti sepanjang pelayaran.

Setibanya di Kampung Jorak, majlis tuanku disambut dengan paluan 200 kompang daripada pelbagai kaum dalam program bertemakan Jalinan Mesra Masyarakat Muar.

Rombongan disambut persembahan kebudayaan iaitu tarian Selamat Datang disusuli menanam pokok dan seterusnya menyaksikan permainan kayak polo dan sukan tradisional.

Pasukan Sekretariat KMJ dijangka menentang juara peringkat mukim dalam permainan sepak raga bulatan dan sebelum tuanku berangkat ke pameran kuih tradisional 11 mukim daerah selain cuba memasak kuih tradisional.

Kemudian, tuanku dibawa melihat Program ‘Edible Landscape’ dan ‘Kitchen Garden’ oleh Jabatan Pertanian dan menyertai program kebersihan serta alam sekitar anjuran Majlis Perbandaran Muar iaitu mencurah Mikroorganisma Efektif (EM) ke parit.
 
Back
Top
Log in Register