combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
SUKMA 2026: Dataran Kemerdekaan Shah Alam, Aneka Walk Dipilih Venue Pembukaan, Penutup
Dataran Kemerdekaan Shah Alam dipilih sebagai venue bagi acara perasmian pembukaan Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026, manakala majlis penutupan pula akan diadakan di Aneka Walk, Seksyen 14, di sini.
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata pemilihan lokasi itu bagi memastikan orang ramai berpeluang melihat secara lebih dekat, dan turut serta dalam pelbagai aktiviti yang disediakan termasuk persembahan.
“Kita umumkan Dataran Kemerdekaan untuk acara mini perasmian (secara sederhana) ... hanya untuk raikan kontinjen termasuk kontinjen Para SUKMA,” katanya selepas melancarkan Aplikasi Digital Dana Plus di sini, hari ini.
Beliau berkata mengenai pemilihan lokasi penutupan temasya sukan dwitahunan itu, pihak pengurusan negeri telah menetapkan kawasan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sebagai lokasi rasmi setelah mengambil kira pelbagai aspek teknikal.
“Keputusan itu bertujuan memastikan upacara penutup berlangsung dengan meriah yang dapat meninggalkan memori indah buat seluruh kontinjen negeri yang terlibat. Saya percaya lokasi itu boleh menampung puluhan ribu pengunjung,” katanya.
Amirudin berkata Kerajaan Negeri Selangor optimis bahawa persiapan penganjuran SUKMA 2026 akan berjalan lancar mengikut jadual menerusi kerjasama erat pelbagai agensi berkaitan.
SUKMA Selangor 2026 dijadual berlangsung dari 15 hingga 24 Ogos, manakala Para SUKMA 2026 akan diadakan dari 5 hingga 14 Sept.
Temasya sukan itu mempertandingkan 469 acara daripada 37 jenis sukan, manakala Para SUKMA melibatkan 316 acara merangkumi 10 jenis sukan.
Acara sukan terbesar negara itu melibatkan penyertaan semua kontinjen negeri selain Brunei Darussalam yang mengesahkan akan menyertainya sebagai kontinjen jemputan, sekali gus melengkapkan penyertaan sebanyak 15 kontinjen.