BTC USD 62,489.2 Gold USD 4,466.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sukarkah mendapat sijil halal?

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
Sebut sahaja produk makanan halal pasti terlintas di fikiran kita tidak susah untuk mencari makanan halal di negara ini.

Malaysia mengutamakan penghasilan produk makanan dan minuman halal untuk menjamin kualiti serta memastikannya berlandaskan syarak.

Keperluan mendapatkan sijil halal bukan sekadar tertumpu pada produk makanan dan minuman semata-mata tetapi termasuk barangan seperti kosmetik, pakaian dan peralatan.

BEGITU juga premis makanan dan rumah sembelihan, semuanya perlukan perakuan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Jadi tidak mustahil untuk Malaysia menjadi hab halal dunia dengan piawaian dan kualiti tegas yang ditekankan Jakim.

Namun di sebalik keperluan itu, ada segelintir perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mengeluh kerana mendakwa sukar mendapatkan sijil halal Jakim.

Malah agak memeranjatkan apabila ada antara PKS yang mendakwa terpaksa menunggu sehingga dua tahun bagi memperoleh sijil halal sehingga mengehadkan perkembangan perniagaan mereka untuk memasarkan produk di pasaran tempatan.

Sebaliknya, ada pula segelintir PKS berkata permohonan mereka untuk mendapatkan sijil halal Jakim tidak memakan masa lama, mengambil masa dua hingga tiga bulan sahaja.

Persoalannya, apakah penyebab berlakunya dua keadaan berbeza ini?

Ini adalah isu serius kerana kesukaran mendapatkan sijil halal membuatkan sesetengah peniaga mengambil jalan mudah menyalahgunakan logo halal.

Terdapat juga segelintir peniaga tidak bertanggungjawab memasang papan iklan yang mempunyai logo halal sehingga boleh mengelirukan pengguna.

Tidak terkecuali peniaga Islam yang dilaporkan tidak berminat memohon perakuan sijil halal dengan alasan hanya melakukan perniagaan kecil-kecilan dan menganggap pengusaha Islam tidak perlu berbuat demikian kerana urusan mendapatkannya dikatakan membebankan.

Berikut ialah beberapa PKS ditemui wartawan Sinar Harian yang menceritakan cabaran dan halangan bagi mendapatkan sijil halal daripada Jakim untuk produk mereka:

Sistem permohonan merumitkan

Permohonan dibuat pada April 2013, dan sehingga kini sijil halal masih belum diterima walaupun kelulusan sudah diberikan.

Itu masalah dihadapi seorang usahawan yang mengakui proses mendapatkan sijil halal amat merumitkan dan mengambil masa terlalu lama.

“Permohonan dihantar sebaik kilang kami siap dibina dan selepas empat bulan, Jakim memulangkan dokumen kerana tidak lengkap, dengan alasan salah satu bahan digunakan perlukan pengesahan halal dari pembekal.

“Banyak proses perlu dilalui dan ada kalanya dirasakan proses tersebut merumitkan perkara yang mudah.

“Malah, kami digalakkan menggunakan perunding luar untuk mendapatkan sijil halal dan ini memakan kos yang mahal dan dirasakan tidak perlu,” katanya.

Sementara itu, sebuah syarikat Bumiputera yang mengusahakan produk berasaskan nanas melabur hampir RM100,000 untuk membesarkan kilang memproses produk keluaran mereka bagi memudahkan syarikat itu mendapat sijil halal.

“Sebelum ini, pengeluaran menerusi bengkel lama terhad dan agak susah untuk mendapatkan sijil halal,” katanya.

Dua tahun tunggu sijil halal

Sementara itu, seorang pengusaha spa berkata beliau pernah melalui pengalaman permohonan sijil halal bagi salah satu produk kesihatannya yang memakan masa dua tahun.

“Saya terpaksa menunggu dua tahun untuk dapatkan sijil halal bagi produk tersebut dan saya tidak tahu apa yang dilakukan mereka sehingga terpaksa menunggu sebegitu lama.

“Kerana kelewatan itu saya tidak dapat pasarkan produk minuman kesihatan itu ke seluruh negara dan hanya memasarkannya melalui pameran usahawan anjuran kerajaan mahupun badan usahawan," katanya.

Beliau juga sedikit keliru kenapa perlu mengambil masa yang lama sedangkan ia hanyalah produk minuman kesihatan berasaskan bunga sahaja.

“Saya harap situasi ini tidak akan berulang kerana ia menyukarkan kami sebagai usahawan untuk pasarkan produk keluaran kami,” katanya.

Kos operasi meningkat

Sementara itu, sebuah syarikat Bumiputera di Johor yang diusahakan oleh sepasang adik beradik berkata, kelewatan Jakim meluluskan permohonan sijil halal sedikit sebanyak memberi kesan kepada perniagaan mereka.

Menurut mereka, apabila sijil halal lambat diluluskan, ia juga akan meningkatkan kos operasi mereka kerana berlaku penangguhan bagi memasarkan produk yang sudah siap tetapi hasrat itu terkekang kerana tiada sijil halal.

“Apa yang kami lihat, prosesnya terlalu rumit dan penuh dengan karenah birokrasi yang akhirnya membebankan kami sebagai usahawan.

“Selain lambat mendapat sijil halal, kelewatan memperolehi lesen daripada pihak berkuasa tempatan juga turut merumitkan lagi keadaan kami untuk memasarkan produk ke pasaran tempatan, apatah lagi antarabangsa,” katanya ketika ditemui.

Mereka juga berharap Jakim mahupun pihak lain yang terlibat mencari penyelesaian dalam memudahkan syarikat tempatan mendapat kelulusan sijil halal dengan cepat dan dalam masa sama mengikut prosedur ditetapkan.
 
Menurut mereka, apabila sijil halal lambat diluluskan, ia juga akan meningkatkan kos operasi mereka kerana berlaku penangguhan bagi memasarkan produk yang sudah siap tetapi hasrat itu terkekang kerana tiada sijil halal.

“Apa yang kami lihat, prosesnya terlalu rumit dan penuh dengan karenah birokrasi yang akhirnya membebankan kami sebagai usahawan.

Dah takde pelincir... memanglah lambat. Nak keluar sijil halal pun nak kena rasuah ke?
 
sepatutnya dipermudahkan pengeluaran sijil halal ini tetapi sebaliknya berlaku jadi tak bolehlah nak salahkan pengusaha yang mengeluarkan sijil halal palsu sendiri.
 
sbb apa rumit ye...JAKIM kene bagi tau le cam ne diorg uruskan benda ni

cuma biasanya masalah dokumen tak lengkap...tidak buat rujukan dengan mana2 syarikat yang dah berjaya dapatkan sijil halal..

main terjah je gi JAKIM mmg susah kot.....kalau tak nak chareted consultan....refer le dgn syarikat yang dah dapat kelulusan jakim..

tapi besenya company melayu mmg susah / liat nak hired consultan tak mcm company cha ya nun alip

mcm produk make up pandai pulak hantar kat sirim...mintak sahkan keselamatan produk...sirim lepas Sijil halal jadi No. 2

just my 2 cents
 
Last edited:
Jakim nak kena jawab nih.. nanti ada yg jadikan isu ni tak nak apply sijil halal plak..
 
Back
Top
Log in Register