BTC USD 75,680.9 Gold USD 4,352.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sukarelawan, Suri Rumah Didakwa Aniaya Anjing Ketika Operasi Tangkapan

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

Sukarelawan, Suri Rumah Didakwa Aniaya Anjing Ketika Operasi Tangkapan​

da2e3a1f9ca1043d1300b6c9fbba020d5e3a40f5b656b


Seorang sukarelawan operasi tangkapan anjing liar dan suri rumah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, masing-masing atas pertuduhan menjerut dan menarik seekor anjing sehingga mengakibatkan kesakitan terhadap haiwan itu, bulan lepas.

Muhammad Shah Idham Nor Haikal Shaharom, 24, dan S. Roghini Devi, 42, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Mujib Saroji.

Muhammad Shah Idham didakwa secara tidak munasabah menjerut seekor anjing jantan menggunakan tali jerut sehingga mengakibatkan kesakitan terhadap haiwan itu.

Roghini pula didakwa secara tidak munasabah menarik anjing yang sama sehingga menyebabkan kesakitan kepada haiwan tersebut.

Perbuatan tersebut didakwa dilakukan di hadapan sebuah rumah di Jalan Sama Gagah 20, Taman Telok Gedung Indah, Pelabuhan Klang antara 11 hingga 11.30 malam 29 Julai.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 29(1) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara hingga tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pegawai Pendakwa Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Selangor Mohd Sharif Sabran menawarkan jaminan RM20,000 bagi setiap tertuduh berserta syarat tambahan menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melaporkan diri ke pejabat JPV negeri.

Bagaimanapun, peguam Muhammad Rafique Rashid Ali yang mewakili Muhammad Shah Idham dan peguam Jeremy Vinesh Anthony mewakili Roghini, masing-masing memohon jaminan minimum RM3,500 atas alasan anak guam mereka memberikan kerjasama penuh sepanjang siasatan.

Mahkamah membenarkan jaminan RM6,000 dengan seorang penjamin kepada mereka berserta syarat melaporkan diri di pejabat JPV Selangor setiap bulan dan menetapkan 8 Okt untuk sebutan semula kes.

 
Back
Top
Log in Register