BTC USD 62,374.1 Gold USD 4,473.68
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sukan Paralimpik Paris 2024

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
11,421
Joined
Jun 13, 2023
Messages
11,421
Reaction score
279
Points
146

Sukan Paralimpik Paris 2024 Akan Bermula Dengan Upacara Pembukaan Pada Rabu​

239c39898b18ffd8a0a9f1c790c4557666a1b82797da7


Sukan Paralimpik Paris 2024 akan bermula dengan upacara pembukaan pada Rabu di tengah-tengah ibu negara Perancis, lapor Agensi Anadolu (AA).

Penganjur dalam satu kenyataan memaklumkan upacara pembukaan itu akan diadakan di dataran bersejarah Paris, Place de la Concorde dan Champs-Elysees Avenue yang terkenal.

Seramai 4,400 atlet paralimpik dari 184 delegasi akan berarak di sepanjang dua lokasi itu.

Champs-Elysees yang dipenuhi kafe dan kedai mewah menghubungkan Place de la Concorde dengan Arc de Triomphe, dan perarakan para atlet akan diadakan di antara dua tempat itu.

Upacara pembukaan itu akan bermula pada 8 malam waktu tempatan (1800GMT).

Selepas majlis itu, pertandingan akan bermula pada Khamis, dan Sukan Paralimpik tahun ini akan berlangsung sehingga 8 September. Acara sukan akan diadakan di Paris dan kawasan sekitarnya.

Sukan Paralimpik 2024 menampilkan 22 sukan dan 23 disiplin, termasuk bola sepak buta, boccia, goalball, memanah, olahraga, badminton, kayak,tenis berkerusi roda dan sebagainya.

Sukan itu akan diadakan di 18 lokasi termasuk Stade de France, Stade Roland-Garros, Stadium Menara Eiffel, Pont Alexandre III dan Grand Palais.

Paris dan Perancis akan menganjurkan Sukan Paralimpik Musim Panas buat kali pertama.

Ibu negara Perancis sebelum ini menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Musim Panas pada Julai-Ogos.

Sukan Olimpik dan Paralimpik telah diadakan di bandar dan venue yang sama sejak 1988.

 
Paris Sudah Sedia Untuk Sukan Paralimpik, Kata Presiden IPCti
28.08.2024 - Penukaran venue Sukan Olimpik untuk Sukan Paralimpik tidak memberikan cabaran atau kesukaran, dan Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) menegaskan bahawa Paris sudah bersedia, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

“Jika seseorang bertanya kepada saya sama ada bandaraya ini sudah bersedia, saya akan katakan ya. Anda perlu membandingkan kemajuan Paris dalam keterangkuman sepanjang tujuh tahun lepas dengan Sukan Paralimpik memainkan peranan penting dalam peningkatan ini,” kata Presiden IPC Andrew Parsons.

Menjelang upacara pembukaan pada Rabu, Parsons memuji usaha kerajaan Perancis.

“Kira-kira €1.5 bilion telah dilaburkan di seluruh negara dalam projek yang menumpukan kepada keterangkuman dan kebolehcapaian. Bandaraya Paris juga telah melabur €125 juta dalam usaha ini,” katanya.

Tumpuan besar diberikan kepada sistem pengangkutan. Kira-kira 1,000 teksi telah diubah suai untuk memenuhi keperluan orang kurang upaya. Selain itu, lebih 200 bas telah diubah suai untuk membawa enam kerusi roda setiap satu.
1724862889228.png
 
Sukan Paralimpik Paris 2024 Akan Bermula Dengan Upacara Pembukaan Pada Rabu

28.08.2024 - Sukan Paralimpik Paris 2024 akan bermula dengan upacara pembukaan pada Rabu di tengah-tengah ibu negara Perancis, lapor Agensi Anadolu (AA). Penganjur dalam satu kenyataan memaklumkan upacara pembukaan itu akan diadakan di dataran bersejarah Paris, Place de la Concorde dan Champs-Elysees Avenue yang terkenal. Seramai 4,400 atlet paralimpik dari 184 delegasi akan berarak di sepanjang dua lokasi itu. Champs-Elysees yang dipenuhi kafe dan kedai mewah menghubungkan Place de la Concorde dengan Arc de Triomphe, dan perarakan para atlet akan diadakan di antara dua tempat itu. Upacara pembukaan itu akan bermula pada 8 malam waktu tempatan (1800GMT).​

1724862964603.png

Selepas majlis itu, pertandingan akan bermula pada Khamis, dan Sukan Paralimpik tahun ini akan berlangsung sehingga 8 September. Acara sukan akan diadakan di Paris dan kawasan sekitarnya. Sukan Paralimpik 2024 menampilkan 22 sukan dan 23 disiplin, termasuk bola sepak buta, boccia, goalball, memanah, olahraga, badminton, kayak,tenis berkerusi roda dan sebagainya. Sukan itu akan diadakan di 18 lokasi termasuk Stade de France, Stade Roland-Garros, Stadium Menara Eiffel, Pont Alexandre III dan Grand Palais. Paris dan Perancis akan menganjurkan Sukan Paralimpik Musim Panas buat kali pertama. Ibu negara Perancis sebelum ini menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Musim Panas pada Julai-Ogos. Sukan Olimpik dan Paralimpik telah diadakan di bandar dan venue yang sama sejak 1988.

Berita asal https://paralympics.bernama.com/news-bm.php?id=2334161
 
Zahid Ucap Selamat Maju Jaya Kepada Atle

28.08.2024 - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan selamat maju jaya kepada semua atlet paralimpik negara yang akan meneruskan misi memburu emas pada Sukan Paralimpik Paris 2024. Menerusi hantaran di Facebook, Ahmad Zahid berkata seluruh rakyat Malaysia sentiasa mendoakan kejayaan kontinjen negara dalam acara sukan berprestij itu.

“Selamat berjuang #TeamMAS. Temasya Sukan Paralimpik Paris 2024 telah membuka tirainya dan selamat maju jaya saya ucapkan buat 30 orang atlet luar biasa yang mewakili Malaysia dalam acara sukan berprestij ini. Ingatlah, dalam setiap cabaran, ada peluang untuk mencipta sejarah. Kami di Malaysia sentiasa mendoakan kejayaan anda. Selamat berjuang, kontinjen Malaysia!” katanya.

Hari ini, obor perjuangan kontinjen negara terus dinyalakan pada Sukan Paralimpik Paris 2024 dengan misi memburu empat lagi emas bagi melengkapkan kutipan 10 emas secara keseluruhan dalam temasya sukan berprestij dunia itu.​

1724863026208.png
 
Beri Habuan Kereta Kepada Yang Selayaknya – Presiden Mpm

28.08.2024 - Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin menyarankan kepada pihak yang berminat menawarkan ganjaran hadiah kereta kepada atlet yang selayaknya pada Sukan Paralimpik Paris 2024. Beliau secara peribadi berkata ganjaran yang dicadangkan itu perlu diberikan kepada pemenang emas dan bukan mereka yang memenangi pingat lain pada temasya sukan berprestij tersebut.

“Jika penaja ingin beri kereta mereka, anda perlu berikan kepada juara yang bawa emas untuk negara kerana jika anda mahu jenama anda sebagai nombor satu, anda perlu memberikan kepada atlet yang menang (emas). Jika nak bagi atlet yang tak menang (pingat emas) terpulang kepada anda,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Megat D Shahriman berkata cadangan itu bagi menggelakkan rakyat berasa layanan tidak sama rata diberikan kepada pemenang dari sukan para berbanding apa yang dinikmati pemenang pingat dari temasya sukan disertai dalam kalangan atlet normal. Sementara itu, beliau berkata seramai 24 atlet dan pegawai yang menyertai upacara pembukaan rasmi Sukan Paralimpik 2024 malam ini akan menggayakan pakaian rasmi yang sama dipakai kontinjen negara pada majlis sama sewaktu Sukan Olimpik 2024, juga di sini, Julai lepas. Busana rekaan pereka fesyen terkemuka tempatan Rizman Ruzaini berwarna skim warna hijau zaitun dengan motif keemasan menyaksikan atlet wanita akan memakai baju kurung songket dengan kelubung manakala atlet berbaju Melayu Teluk Belanga.

Buat julung kalinya, upacara pembukaan rasmi yang dilangsungkan di luar stadium dalam sejarah Sukan Paralimpik menyaksikan atlet akan berarak sepanjang laluan di lokasi ikonik di sini, Champs-Elysees sehingga Place de la Concorde. Dalam pada itu, Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan Paralimpik 2024, Datuk R Subramaniam pula berkata setakat ini tiada sebarang masalah timbul melibatkan kontinjen negara pada Paris 2024. Berdasarkan laporan dari setiap pengurus sukan, kesemua 30 atlet negara juga siap sedia berjuang menggalas tugas negara pada Sukan Paralimpik Paris 2024 yang berakhir pada 8 Sept ini.​

1724863218356.png
 

6f496fa20b61d29ded47dd543ab39fb566cfc7df26a6c


20e8027d0d0476599ea6e4fc64d96f3f66cfc7705bc18


Paris Sekali Lagi Pukau Dengan Sukan Paralimpik 2024 Dibuka Gemilang​

Bandar Paris sekali lagi bermandikan cahaya dengan menampilkan upacara pembukaan yang cukup memukau sempena Sukan Paralimpik Paris 2024 selepas 17 hari berakhirnya temasya Sukan Olimpik 2024 di sini malam ini.

Buat pertama kalinya dalam sejarah Sukan Paralimpik, majlis pembukaan diadakan di luar stadium sama seperti majlis pembukaan Sukan Olimpik Paris 2024 dalam suasana cukup menakjubkan di tengah-tengah kota Paris kecuali perarakan terapung di sepanjang Sungai Seine.

Majlis yang penuh menakjubkan ini dipenuhi dengan gabungan persembahan seni dan detik-detik yang menyentuh hati, berlangsung di hadapan ribuan penonton yang berkumpul di bahagian bawah Champs-Élysées hingga ke dataran terbesar dan paling indah di Paris, Place de la Concorde.

Perasmian dimulakan dengan segmen ‘Discord’ dengan menampilkan 140 penari yang mewakili ‘Strict Society’ dan 16 penghibur yang dikenali sebagai ‘Creative Gang’ yang bergerak dengan penuh tenaga, bebas dan kreatif dengan menekankan masyarakat yang mendakwa inklusif tetapi gagal benar-benar mengintegrasikan golongan kurang upaya.

Maskot rasmi Sukan, Phryges, mengambil alih pentas untuk menyambut para atlet dan pegawai dari 168 negara bermula dengan Afghanistan ketika mereka berarak dari Champs-Elysees sebelum mengelilingi kawasan pentas di Place de la Concorde.

Kontinjen Malaysia yang tampil sebagai negara ke-94 dan terdiri daripada 24 atlet dan pegawai dengan jaguh powerlifting, Bonnie Bunyau Gustin menggalas tugas bersama pelumba basikal para negara, Nur Azlia Syafinaz Mohd Zais membawa Jalur Gemilang.

Atlet negara mengenakan Baju Melayu Teluk Belanga berwarna hijau zaitun dengan motif emas yang dipadankan dengan songkok dan sampin (lelaki), serta Baju Kurung (wanita), yang direka oleh pereka fesyen tempatan terkenal Rizman Ruzaini.

Selepas tuan rumah Perancis mengakhiri perarakan atlet, artist Lucky Love mendendangkan lagu berjudul ‘My Ability’ diringi dengan persembahan mengisahkan masyarakat tegas ‘Strict Society’ mula menyedari prasangka mereka terhadap ‘Creative Gang’ membawa kepada kebangkitan dan refleksi diri.

Bendera Perancis kemudian dinaikkan mengikut lagu kebangsaan mereka, ‘The Marseillaise’, yang ditafsirkan semula oleh Victor le Masne, komposer dan pengarah muzik bagi majlis Paris 2024 dan dipersembahkan oleh Ensemble Matheus.

Apabila Presiden Perancis, Emmanuel Macron, mengisytiharkan Sukan Paralimpik Paris 2024 dibuka dari tempat duduk rasmi, ‘Strict Society’ dan ‘Creative Gang’ berkumpul sekali lagi dalam pertunjukan koreografi besar menggabungkan tarian, sukan dan seni ke dalam permainan fiksyen yang berfokus pada kerjasama berpasukan.

Bekas pelari pecut Britain dan pemenang pingat gangsa acara 100 meter (m) T42 (kecacatan fizikal) lelaki di Sukan Paralimpik Beijing 2008, John McFall kemudian diberi penghormatan untuk membawa bendera Paralimpik ke pentas diikuti dengan ikrar Paralimpik dilafazkan oleh para atlet, jurulatih dan pengadil.

Acara kemuncaknya dengan menyalakan kawah oleh lima atlet Paralimpik Perancis - Charles-Antoine Kouakou (olahraga), Nantenin Keita (olahraga), Fabien Lamirault (ping pong), Alexis Hanquinquant (triatlon) dan Elodie Lorandi (renang).

Kawah tersebut terdiri daripada cincin api dengan diameter tujuh meter (m) dengan di atasnya terdapat belon setinggi 30m dan diameter 22m, yang direka sebagai penghormatan kepada penerbangan pertama dua pencipta Perancis Jacques Alexander Charles dan Nicholas Louis Robert pada Disember 1783 dalam belon hidrogen buatan Jardindes Tuileries.

Edisi 2024 ini adalah Sukan Paralimpik pertama dianjurkan Paris walaupun bandar ini telah tiga kali menjadi tuan rumah Sukan Olimpik pada tahun 1900, 1924 dan 2024.

Sekitar 4,400 atlet dari seluruh dunia akan bersaing dalam 22 sukan sehingga 8 Sept ini manakala tiga negara baharu iaitu Eritrea, Kiribati dan Kosovo akan membuat penampilan sulung Paralimpik mereka di ibu negara Perancis.

Malaysia, sebaliknya, menampilkan 30 atlet dalam lapan sukan berbeza, kontinjen terbesar mereka sejak debut Sukan Paralimpik pada edisi 1972 di Heidelberg, Jerman.

 
Macron Isytihar Pembukaan Sukan Paralimpik Paris 2024

29.08.2024 - Presiden Perancis Emmanuel Macron mengisytiharkan Sukan Paralimpik Paris 2024 dibuka pada Rabu malam di Place de la Concorde, lapor agensi berita Xinhua. Lebih 4,400 atlet daripada 168 delegasi akan mengambil bahagian dalam temasya selama 11 hari itu yang melibatkan 22 jenis sukan. Eritrea, Kiribati dan Kosovo membuat penampilan sulung mereka pada temasya berkenaan. China menghantar 284 atlet - 126 lelaki dan 158 wanita - untuk bersaing dalam 302 acara melibatkan 19 sukan, dengan 95 daripadanya bertanding dalam Sukan Paralimpik buat kali pertama.

Berita asal https://paralympics.bernama.com/news-bm.php?id=2334574
 
Paris Sekali Lagi Pukau Dengan Sukan Paralimpik 2024 Di Buka Gemilang

29.08.2024 - Bandar Paris sekali lagi bermandikan cahaya dengan menampilkan upacara pembukaan yang cukup memukau sempena Sukan Paralimpik Paris 2024 selepas 17 hari berakhirnya temasya Sukan Olimpik 2024 di sini malam ini. Buat pertama kalinya dalam sejarah Sukan Paralimpik, majlis pembukaan diadakan di luar stadium sama seperti majlis pembukaan Sukan Olimpik Paris 2024 dalam suasana cukup menakjubkan di tengah-tengah kota Paris kecuali perarakan terapung di sepanjang Sungai Seine.
20e8027d0d0476599ea6e4fc64d96f3f66cfc7705bc18


Majlis yang penuh menakjubkan ini dipenuhi dengan gabungan persembahan seni dan detik-detik yang menyentuh hati, berlangsung di hadapan ribuan penonton yang berkumpul di bahagian bawah Champs-Élysées hingga ke dataran terbesar dan paling indah di Paris, Place de la Concorde. Perasmian dimulakan dengan segmen ‘Discord’ dengan menampilkan 140 penari yang mewakili ‘Strict Society’ dan 16 penghibur yang dikenali sebagai ‘Creative Gang’ yang bergerak dengan penuh tenaga, bebas dan kreatif dengan menekankan masyarakat yang mendakwa inklusif tetapi gagal benar-benar mengintegrasikan golongan kurang upaya.

Maskot rasmi Sukan, Phryges, mengambil alih pentas untuk menyambut para atlet dan pegawai dari 168 negara bermula dengan Afghanistan ketika mereka berarak dari Champs-Elysees sebelum mengelilingi kawasan pentas di Place de la Concorde. Kontinjen Malaysia yang tampil sebagai negara ke-94 dan terdiri daripada 24 atlet dan pegawai dengan jaguh powerlifting, Bonnie Bunyau Gustin menggalas tugas bersama pelumba basikal para negara, Nur Azlia Syafinaz Mohd Zais membawa Jalur Gemilang.

Atlet negara mengenakan Baju Melayu Teluk Belanga berwarna hijau zaitun dengan motif emas yang dipadankan dengan songkok dan sampin (lelaki), serta Baju Kurung (wanita), yang direka oleh pereka fesyen tempatan terkenal Rizman Ruzaini. Selepas tuan rumah Perancis mengakhiri perarakan atlet, artist Lucky Love mendendangkan lagu berjudul ‘My Ability’ diringi dengan persembahan mengisahkan masyarakat tegas ‘Strict Society’ mula menyedari prasangka mereka terhadap ‘Creative Gang’ membawa kepada kebangkitan dan refleksi diri.

Bendera Perancis kemudian dinaikkan mengikut lagu kebangsaan mereka, ‘The Marseillaise’, yang ditafsirkan semula oleh Victor le Masne, komposer dan pengarah muzik bagi majlis Paris 2024 dan dipersembahkan oleh Ensemble Matheus. Apabila Presiden Perancis, Emmanuel Macron, mengisytiharkan Sukan Paralimpik Paris 2024 dibuka dari tempat duduk rasmi, ‘Strict Society’ dan ‘Creative Gang’ berkumpul sekali lagi dalam pertunjukan koreografi besar menggabungkan tarian, sukan dan seni ke dalam permainan fiksyen yang berfokus pada kerjasama berpasukan. Bekas pelari pecut Britain dan pemenang pingat gangsa acara 100 meter (m) T42 (kecacatan fizikal) lelaki di Sukan Paralimpik Beijing 2008, John McFall kemudian diberi penghormatan untuk membawa bendera Paralimpik ke pentas diikuti dengan ikrar Paralimpik dilafazkan oleh para atlet, jurulatih dan pengadil.
1724916297739.png

Acara kemuncaknya dengan menyalakan kawah oleh lima atlet Paralimpik Perancis - Charles-Antoine Kouakou (olahraga), Nantenin Keita (olahraga), Fabien Lamirault (ping pong), Alexis Hanquinquant (triatlon) dan Elodie Lorandi (renang). Kawah tersebut terdiri daripada cincin api dengan diameter tujuh meter (m) dengan di atasnya terdapat belon setinggi 30m dan diameter 22m, yang direka sebagai penghormatan kepada penerbangan pertama dua pencipta Perancis Jacques Alexander Charles dan Nicholas Louis Robert pada Disember 1783 dalam belon hidrogen buatan Jardindes Tuileries. Edisi 2024 ini adalah Sukan Paralimpik pertama dianjurkan Paris walaupun bandar ini telah tiga kali menjadi tuan rumah Sukan Olimpik pada tahun 1900, 1924 dan 2024.

Sekitar 4,400 atlet dari seluruh dunia akan bersaing dalam 22 sukan sehingga 8 Sept ini manakala tiga negara baharu iaitu Eritrea, Kiribati dan Kosovo akan membuat penampilan sulung Paralimpik mereka di ibu negara Perancis.
Malaysia, sebaliknya, menampilkan 30 atlet dalam lapan sukan berbeza, kontinjen terbesar mereka sejak debut Sukan Paralimpik pada edisi 1972 di Heidelberg, Jerman.

Berita asal https://paralympics.bernama.com/news-bm.php?id=2334534
 

Attachments

PM Ajak Rakyat Malaysia Sokong Kontinjen Negara Di Sukan Paralimpik Paris

29.08.2024 - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat Malaysia menyatakan sokongan kepada kontinjen paralimpik yang akan berjuang menggalas tugas negara pada Sukan Paralimpik Paris 2024, yang membuka tirai secara rasmi semalam. Malaysia menghantar 30 atlet daripada lapan jenis sukan untuk beraksi pada Sukan Paralimpik Paris 2024 yang akan berakhir 8 Sept ini.

“Masanya telah tiba untuk kita nyatakan sokongan kepada kontinjen Paralimpik Malaysia! Selamat maju jaya buat semua atlet negara. Doa seluruh rakyat Malaysia mengiringi langkah kalian di Paris!,” kata Anwar menerusi hantaran di laman Facebook hari ini.

Berita asal https://paralympics.bernama.com/news-bm.php?id=2334569
 
Sukan para ni rasanya xde pun pegawai yg dok sebok nk bwk family support skali
 
Back
Top
Log in Register