BTC USD 85,457.8 Gold USD 4,283.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sudoku

aku dah lama peratikan permainan ni tp tak paham2.lembab benor.klu p kedai buku aku mesti tgk buku ni,tolong la aku.aku nak buat gak.:(( :((
 
Ebooks- Secret to SolVing SuDOku

90497_s__secrets_to_solving_sudoku_.jpg


Still having a hard time trying to solve Sudoku? Don't get stuck anymore, this book shows you all the tricks and techniques to solving the hardest Sudoku puzzles in minutes. Tackle the hardest and most complex puzzles that usually take days to solve in under 5 minutes. If your still skeptical see for yourself, impress yourself and everyone at your amazing skills thanks to this book.


 
aku memang xreti main sudoku..
dah ramai kwn2 aku ajr..
 
haha.. aku pon sama.. malas nak main.. pening :))
 
Ada sesape minat main Sudoku..?
Best gak main benda ni..
Pantang nampak je kat paper mesti nak main..


Pengenalan

Peristilahan Sudoku memberi maksud "nombor bersendirian" dalam bahasa Jepun; dan merupakan hak cipta rasmi Nikoli Co. Ltd di Jepun. Penerbit Jepun yang lain biasanya merujuk permainan ini dengan gelaran Nanpure yang menjadi Number Place di dalam bahasa Inggeris Amerika. Nama ini dikatakan merupakan nama asal. Perkataan Sudoku disebut tampa apa-apa perubahan dengan pengalihan bahasa daripada Jepun ke Melayu.

Nombor-nombor yang diaplikasikan dalam Sudoku hanyalah bagi tujuan keselesaan semata-mata dan penggiraan matematik antara nombor-nombor tidak relevan sama sekali. Nombor-nombor ini boleh digantikan dengan bentuk-bentuk seperti bulatan, segi tiga dan segi empat sekalipun, asalkan ketara perbezaannya. Warna juga boleh digunakan. Majalah Sudoku Scramblets dimiliki Penny Press dan Sudoku Word milik Knight Features Syndicate menggunakan huruf abjad manakala Dell Magazines yang merupakan asal permainan ini menggunakan nombor bagi Number Place dalam majalahnya sejak tahun 1979. Dalam rencana ini, nombor digunakan.

Daya tarikan permainan ini adalah kesenangan peraturannya untuk menghabiskan, tetapi kesusahan daya logik yang diperlukan untuk melakukannya. Sudoku disyorkan oleh sesetengah guru untuk menaikan kebolehan seseorang dalam pemikiran dan penyelesaian masalah secara logik. Taraf kesusahannya boleh ditentukan untuk para pemainnya. Permainan ini seringkali didatangkan percuma dalam sumber-sumber media seperti surat khabar dan juga boleh dicipta oleh program aplikasi komputer yang khusus bagi tujuan ini.

Permainan ini telah mula muncul pada peringkat antarabangsa pada awal tahun 2005 dan menjadi popular di Amerika Syarikat, Australia, India, Britian dan Israel dan tiba di Malaysia beberapa bulan selepas itu dengan terbitnya ia pada akhbar harian bahasa Inggeris The Star. Malay Mail dan New Straits Times dalam pulloutnya '6' juga kini menerbitkan Sudoku pada setiap penghujung minggu.

Terminologi dan peraturan permainan

Permainan seringkali berupa grid 9×9 grid, didalami 3×3 subgrid dipanggil "kawasan" (panggillan lain merupakan "kotak", "petak", dan sebagainya). Sesetengah sel disediakan dengan nombor yang telah diisikan, dipanggil "diberi" (kadangkala "petunjuk") Matlamatnya adalah untuk mengisikan setiap sel dan kawasan sehinggalah nombor 1 sehingga 9 diisi dalam suatu kawasan kesemuanya. Setiap nombor dalam penyelesaian dengan sendirinya hanya timbul sekali dalam tiga "arah". Disebabkan itulah nama asal permainan ini wujud - Nombor Bersendirian.
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register