BTC USD 63,489.3 Gold USD 4,475.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sudirman Terima Anugerah DATUK

wanzex

CG Top Poster Club
gem
Messages
35,552
Joined
Jul 12, 2006
Messages
35,552
Reaction score
1,107
Points
191
Akhirnya Sudirman dihargai
Oleh Norhayati Nordin
[email protected]


mainpix


SELEPAS beberapa artis tanah air dikurniakan gelaran Datuk, kini giliran Allahyarham Sudirman Haji Arshad pula. Selepas 17 tahun meninggal dunia, penghibur serba boleh itu dikurniakan Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP ) yang membawa gelaran Datuk.

Sudirman yang diwakili kakaknya, Datin Rodziah Arshad menerima pengurniaan itu sempena ulang tahun Hari Keputeraan ke-78 baginda di Balairung Seri, Istana Abu Bakar, Pekan, kelmarin.

Apapun, Sudirman memang layak menerima anugerah berkenaan.

Sebagai penyanyi nombor satu Asia, siapa yang tidak kenal dan menyukai lagu Sudirman.

Karya yang boleh dikatakan penuh dengan mesej dan pengalaman menjadikan Sudirman segar di ingatan peminat walaupun kini dia hanya dalam kenangan.

Bagi penulis lirik dan penerbit filem terkenal, Habsah Hassan, Sudirman memang wajar menerima gelaran berkenaan.

Namun, ia agak terlewat untuknya kerana dia lebih dulu menyahut panggilan Ilahi pada 22 Februari 1992.

Bagaimanapun, itu satu penghargaan besar terhadap jasanya.

"Sebagai sahabatnya, saya tumpang gembira atas penganugerahan itu.

"Secara tidak langsung, pembabitan Allahyarham dalam industri seni tanah air suatu ketika dulu masih diingati dan dihargai. Sayangnya, Allahyarham sudah pergi terlalu lama.

tak perasan plak dia terima datuk.
tahniah dan al-fatihah..
:)cgrock
 
dah meninggal pun bleh dpt datuk lg...ish...
tp disisi ALLAH hanya amalan yg menentukannya...
 
dah meninggal pun bleh dpt datuk lg...ish...
tp disisi ALLAH hanya amalan yg menentukannya...

wpun terlewat...sekurang2nya ada juga penghargaan oleh pihak2 tertentu. tahniah buat arwah sudir! :)cgrock
 
wpun terlewat...sekurang2nya ada juga penghargaan oleh pihak2 tertentu. tahniah buat arwah sudir! :)cgrock

pelik tp benar...
dah takde baru nak kasi...
bukannya dia tahu pun...
tahu pun x dpt nak menolong kat alam barzakh...
 
satu lagi amalan pelik yang dilakukan oleh mereka2 yang bergelar Raja Melayu....
 
pelik tp benar...
dah takde baru nak kasi...
bukannya dia tahu pun...
tahu pun x dpt nak menolong kat alam barzakh...

sama la dgn anugerah tuk p. ramlee. :-?
 
malaysia ni pelik. masa org hidup x nk hargai, dah meninggal baru nk ingat. P.Ramlee pon kena mcm ni..
 
ramai lagi yg terima anugerah selepas meninggal dunia.
 
Rasulullah bersabda yang bermaksud : “Apabila mati seorang anak Adam, maka terputus amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu dimanfaatkan oleh orang lain dan anak soleh yang mendoakan untuknya.”
(Hadis riwayat Muslim).

p/s : nama saja Islam, untuk mengamalkannya....entah la, pikir la....
 
Back
Top
Log in Register